Followers

Tuesday, July 27, 2010

....Surah Kursi...

Firstly aku nak minta maaf kat empunya facebook yang postkan notes kat facebook....but aku sungguh tertarik dengan cerita ni...tumpang copy k...


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalanbersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat sayamalam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I sawtwo young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengarpenjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapayang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

.....................................................................................



FADILAT AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,
nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan
membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya
Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan
meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk
si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang
lain :
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan
membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota
nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal
dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah
sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para
Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
Syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali,
nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Tuesday, July 20, 2010

30 ❥

wahhh...nampaknye aku macam sudah tidak ada mood nak meng-update blog ni. dapat2 baru naik semester yg terakhir (insyaallah)dan aku sudah jadi pelajar tanpa asrama..yezza....leh jadi burung hantu terbang merayap...lalalalala.....Oklah...tag kali ni dibagi oleh nad si ketot...30 kesemuanya k...
  1. anak buah pertama aku baru lahir 1.7.2010...nama die Muhammad Haziq Irfan b. Mohd Hazry...nama panggilan die kat aku Mak Jang kot...
  2. aku bangga jadi anak pesara tentera TUDM...tengok kapal terbang tu dah jadi perkara paling lali bagi aku...chewahhh
  3. cita2 asal aku nak jadi musian.....tapi apakan daya...
  4. aku lahir kat Kuantan, Pahang dan tinggal kat situ sampai umur 7 tahun...pastu dan seterusnya aku membesar kat Masjid Tanah, Melaka
  5. perkara paling menyesal aku pernah buat >> tolak tawaran tajaan MARA sambung ke luar negara after SPM dulu...yelah time tu dah dapat tawaran kat Kuittho...dengan selambanya aku tolak tawaran tu dan cakap...."sorilah, saya nak masuk Kuittho"...
  6. tiap2 hari aku rindu ayah dan ibu.....
  7. lagu feveret sepanjang zaman aku Aerosmith - I Don't Wanna Miss A Thing
  8. rumah aku x bela kucing...tapi ada lebih 9 ekor kucing liar....
  9. sejak dapat lesen motor, aku x pernah bawak motor....
  10. aku anak tengah (4 dari 6)....ada 2 kakak, 1 abang, 1 adik lelaki dan 1 adik perempuan
  11. tidak pernah berambut panjang..
  12. kereta kegemaran....GEN-2 warna merah...x kisah lah kalau ketinggalan zaman okey..
  13. aku amat suka dengan KOREA...x kisahlah drama ke, music ke, variety show ke, bola sepak ke, kimchi ke, etc..
  14. aku suke makan tomyam....
  15. internet dan aku bagaikan romeo dan juliet..
  16. aku suke warna COKLAT...x kisah lah soft or hot COKLAT
  17. aku anak kesayangan ayah....pasti x dapat dinafikan oleh along dan ajah...kan...kan...
  18. aku suke sukan badminton dan berenang
  19. aku ada pakaian mandi wanita...bukan bikini but....burkha...ayah hadiahkan time diploma dulu....sebab aktiviti ujung minggu kami sekeluarga adalah berenang
  20. komik terkumpul aku sekarang 1000++
  21. bercita2 nak wat lesen kapal terbang....sape mau sponsor RM 65k++
  22. rumah idaman aku....2 tingkat dan bumbung atasnye misti ada loteng untuk aku melihat bintang time malam2....
  23. aku x obses nak kurus dan x obses nak cantik....cuma aku sedang obses nak sihat...aku sedang berusaha sekarang....
  24. agak lewat gak bila 1st time dapat lesen kenderaan >> 21
  25. aku sub-etnik Bugis tapi x tau cakap Bugis...
  26. aku x suke pakai rantai, cincin, gelang dan jam....
  27. tempat yang aku teringin sangat2 nak pergi >> ROME
  28. target kahwin >> sebelum 30
  29. aku seorang yang sangat boros
  30. aku fobia g MYDIN, MELAKA.....laptop dan hardisk ak kena curi kat situ..

Friday, July 02, 2010

Kalaulah Haiwan ada Facebook

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ..

Cicak : isteriku tersepit pintuKucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?