Followers

Big Bad Wolf Book Sale 2012

Salam saudara saudari cikeboom cikeboom semua..

Sebenarnya, event ni dah pun tamat, tetapi macam biasa lah, nana ni memang jarang update kat blog sejak menjak ada instagram..dapat2, nana memang kategori tak sempat nak update blog sebab bz bekerja dan masa2 tuk update blog  ni amat2 lah terhad.ecececeh~~

Sebelum tu, apa itu Big Bad Wolf Book Sale?


Nak ikutkan, nana pergi Big Bad Wolf Book Sale ni, dua kali. 1st tu time minggu awal book sale buka. time tu, memang senarai buku nak cari berjela2. Memandangkan, nana ni memang lah suke baca buku x kisah lah daripada fiction, travel, biography, comic dan bermacam2 jenis, memang nana suka baca..kalau nak ikutkan, koleksi buku2 yang nana ada boleh lah buat perpustakaan 2 tingkat bangunan. dan 2nd time tu, time 2 hari dah nak tutup. time tu, agak terkocoh2 sikit sebab adik nana yang belajar kat Egypt, suruh cari buku rujukan medical dia..mana lah nak jumpa kalau dah hujung2 tu kan..lagipun, time tu nana juz singgah sekejap on the way nak ke Penang mau holiday yo~~..

Kalau orang tanya, apa yang best kat book sale ni, nana berani cakap, harga buku2 kat sini memang sangat2 murah. bayangkan, kebanyakkan buku yang dijual disini adalah buku2 import. so, kalau kita beli kat kedai2 buku seperti MPH, Popular dan sewaktu dengannya, memang mahal..Sebagai contoh, nana pernah beli buku author by Cecilia Ahern, Nicholas Sparks, Nora Roberts dan rakan-rakan sejawatannya, kebiasaannya, harga buku diorang dalam RM30++. Tapi, di Big Bad Wolf Book Sale ni, harga buku2 harya RM8 SAHAJA..woww!!...memang murah kan.. Senang cakap, memang banyaklah buku kat book sale.. sampai tersesat jap ngah cari buku.hehehe..

 Ayah yang menemani sambil membaca buku feveret band ayah "The Beatles"


Ni time petang2 dah kusut masai...kalau datang pagi, kemas lagi dari ni dan if datang malam, lagi kusut masai dari ni





Total = below RM300..wink2!!


pic from my instag


that's true!!


Part 5 : BigBang Alive Galaxy Tour 2012 (FiNaL)

Omaigad....rasanya demam Big Bang nana memang tak hilang-hilang lagi..seriously, memang sangat2 best malam tu...Memandangkan nana ada terhutang cerita tentang malam tu, rasanya nak wat review, but nana jumpa satu link yang sangat2 best..so, kalau nana cerita, mesti tak se'perfect" seperti yang die ceritakan..  
Untuk mereka2 yang nak tahu apa berlaku pada malam tu, leh check kat blog fiqah..die memang cerita sedetail2 nya..


Berbalik kepada cerita konsert Big Bang ni, nana sendiri pun tak percaya nana dapat pergi konsert diorang. Semuanya berlaku antara nana dan kawan nana, nama dia Syaza, die memang minat Big Bang, dan hanya satu2 group Kpop yang die minat dan amik peduli hanyalah Big Bang dan nana semestinya suka@minat dengan ramai group kpop dan paling nana minat adalah Big Bang. kalau nak ikutkan, dah lebih 7-8 tahun x jumpa dia ni even duduk satu kampung sebab last nana jumpa dia before nana pindah sekolah teknik time form 4 dulu. So, kalau borak2 tu, semua dalam facebook..

Dan akhirnya, bila YG Entertainment umumkan bahawa Malaysia akan menjadi salah satu lokasi untuk Tour diorang, cepat2 kitorang contact thru fb..time tu xdelah serious sangat kitorang punyer plan, until satu hari, bila booth tix diorang dah dibuka secara online dan booth, time tu memang rasa gelabah nak beli ke xnak (padahal hari sebelum2 tix jual dah gelabah). why? sebab hari bakal kejadian adalah sehari selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. So, memang terasa macam x sedap kan..Last2, kitorang decide nak pergi jugak..bayangkan, beberapa je jam tix online buka, semua tix sold out..So, terpaksa pikir cara lain.

Finally, Syaza dapat idea lain sehari selepas tix buka, die minta tolong kawan dia beli die booth AirAsia.dan akhirya................---->.dapat beli...


Then, nana dengan syaza kurang borak pasal konsert Big Bang ni until lah bila tiba harinya..time tulah baru kitaorang sms..Tima tulah baru kelibut2 kitaorang bincang macamana ak pergi, naik apa? stadium kat mana? nak gerak pukul berapa? kesimpulannya, memang betul2 kelibut.hahahahahaha...kebetulan time tu, sehari sebelum (Raya Haji) rumah syaza ada kenduri arwah dan famili nana ada wat Korban pada hari kedua Raya Haji..So, memang penatlah..

Akhirnya, kitorang tolak after Zohor dari Melaka ke Kuala Lumpur. Sebab, kalau ikut perancangan kelibutnya, ingat nak terus ke stadium. tapi, ramai ckp, comfirm akan jem. so, terpaksa pikir cara lain. nana drive ke rumah ibu saudara syaza. coz, sampai umah saudara syaza nnt, sepupu dia akan hantar ke LRT. coz, itu memang jalan alternatif terbaik..

Dari rumah ibu saudara syaza tu, kitaorang kena naik LRT dan tukar ke monorail untuk ke Stadium Merdeka..memang penat dan berpeuh lah naik cair lemak2 tepu ni..time dalam LRT tak rasa sangat lah..tapi bila dah naik monorail, time tu dah rasa teruja...coz time tu dah nampak orang pakai baju Big Bang, bawak banner, mekap dan stylist rambut macam GDragon..pergh..time tu xyah cakaplah..memang dah rasa teruja..coz, dari dalam monorail nak ke stadium kita akan jumpa ramai ragam manusia. sampai ada ibu ayah ikut join teman anak2 diorang,.

Sampai stadium, xyah cakap lah, memang haru biru..memang ramai..dan sebelum tu, sebelum terlupa, nana dan syaza dah standby raincoat. sebab tu open stadium dan memang sedang musim hujan.

Then, x larat nak taip lagi takut jadi bertambah boring coz nana memang x pandai bercerita...tengok gambar jelah ye...tp, nana memang x banyak amik gambar pun.

time ni ngah pusing2 stadium cari entrance..awan time ni dah mendung


di entrance. time ni nampak sorang2 ke sorong dengan budak PBSM coz pengsan



lampu belon di entrance

kami di situ, dari kiri shida (kawan syaza), syana dan nana (sememeh giler muka time ni)
 
 semasa kejadian

 motif nak amik pic "crown lightstick" tu..

itu GDragon..hanya dari jauh..

itu TOP..hanya dari jauh..

..Big Bang berlima pada malam itu, ni sumber google..


p/s: ok, citer dah abes. sori kerana cerita yang kurang best dan syok sendiri ni..terima kasih sudi membaca....ok..daa~~


Part 4 : BigBang Alive Galaxy Tour 2012

Ok!!
Concert BigBang Alive Galaxy Tour 2012 in Malaysia already ended with daebak!! on last Saturday night..
Reaaaaaaallllyyyyyy awesome..

This post only for teaser...


will be update soon...~~

LIMA PULUH - LIMA PULUH

Salam dan selamat sejahtera cikeboom cikeboom semua~~

Emosi sangat tidak stabil sekarang ni...Result temuduga haritu dah keluar...Peluang 50-50...Sekarang ni, hanya mampu tawakal dan moga-moga, dapat keputusan yang +ve nanti...InsyaALLAH..

Mood :: Rasa nak amik off-day je harini dan nak balik tidur~~

KEUTAMAAN HARI JUM’AT.



Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya: 

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya. 

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga. 

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة . 

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854] 

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal: 

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ ....... 

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى. 

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855] 

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ. 

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856] 

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ. 

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu; 

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ. 

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9] 

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ. 

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ 

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ. 

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ. 

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ. 

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ. 

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ. 

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu, 

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ. 

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ. 

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

Running Man



Siapa mahu koleksi variety show Running Man

Episode : 1 - 104 (ongoing)
Kualiti Video : 360p, 720p (mmg clear)
Format video : avi, mkv, mp4
subs : English subtitle (hardsubs)

98% adalah video full length dan 2% adalah video part-by-part..kalau mahu, bagitahu k...




Harga berdasarkan pada jumlah kepingan disk dvd dan free postage.









Sila pm di email nanabdkbaik@gmail.com...untuk mengetahui lebih lanjut...


ok..~~






Addicted

Salam dan selamat sejahtera saudara saudari cikeboom cikeboom semua

Penyakit lama dah datang balik...lepas satu, satu cerita drama korea dan variety show korea aku layan..dah macam zaman belajar dulu2...penyakit tidur lambat meng-stay-up kan diri melayan sampai ke pagi sehingga bangun sahur dan solat, then baru tidur untuk tak sampai sejam dan terus bangun pergi kerja.....dasat2...

moral story,
harap2 tak berpanjangan sebab di bulan Ramadhan lah kita disuruh berebut-rebut mendapatkan pahala...

Part 2 : BigBang Alive Galaxy Tour 2012

Hi saudara saudari cikeboom cikeboom semua...

Entry kali ini adalah sambungan untuk entry sebelum ini di sini...Yeaaaahhhh...semuanya sudah comfirm, BigBang akan benar-benar turun ke Malaysia pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka...So, apa tunggu lagi, sila lah menabung sekarang ini dan boleh start membeli tiket secara online pada 27 atau 28 July (not sure!!) ini di Ticketcharge atau di AirAsia RedTix...Harga tiket bermula pada harga serendah RM98 sehinggalah ke RM688..fuhh~~..semput mak jemah tengok harga tiket kan...wakakakaka...



nota kaki :: sudah mendapat permission dari ayah untuk pergi menonton bersama SyaZa...yeaaahh~~

Self-Report


Dah tiba masanya aku melaporkan diri kepada penaja walaupun sedang bekerja..
Kenapa aku berbuat begitu?
Adalah sekadar memenuhi syarat selepas menerima biasiswa dan tamat belajar
Memang dah agak lama dari tarikh yang sepatutnya melaporkan diri.
So, memang terpaksa hantar walaupun sekadar memenuhi syarat
Dan paling penting, sebagai tanda tanggungjawab


nota x berkaki :: Sedang bekerja, dan berharap xkan dipanggil untuk berkhidmat..


A Gentleman's Dignity

             Salam dan selamat sejahtera saudara saudari cikebom cikebom semua ~~

Pernah dengar pepatah omputih berkata..Men's Life Begin at 40?..Misti pernahkan..NaNa pun google lah apa yang dimaksudkan dengan phrase tu...ni yang NaNa pun jumpa salah satu yang pendapat yang diperkatakan oleh seorang minah saleh yang namanya disembunyikan..


"
People say life starts at 40 because hopefully, by the age of 40 we have learned and matured enough to really enjoy life, without repeating mistakes and with the knowledge of our years.....in 40 years, we should have learned enough to truly know what we seek and what truly makes us happy....and hopefully, at the age of 40...we will be able to go after it and obtain it......It is about wisdom and experience my friend........
"



Kenapa tiba2 aku nak cakap pasal ni lak ek...wakakakaka....aku suka lelaki umur 40an ke?aku nak kawin lelaki berumur ke?hahaha..bukan dan bukan lah...juz baru2 ni aku suke tengok citer korea tajuk A Gentleman's Dignity..memang best cerita ni..tak bosan pun tengok..kadang2 terpikir juga ada lagi ke orang lelaki  berkawan lama2 dari kecil sampai umur 40an..


  Synopsis
A drama about the careers and love lives of urban professionals. It will tell the story of four men in their forties as they go through love, breakup, success and failure. Kim Do Jin, an architect with a scathing tongue have romantic relationship with strict high school teacher Seo Yi Soo, who moonlights as an umpire at amateur baseball games. Im Tae San is dating a cold-hearted woman but wonders if there is someone else out there for him. Choi Yoon tries to heal his heart after losing his wife four years ago. Lee Jung Rok marries an older woman for money but may lose his comfortable lifestyle in a divorce.

Seriously, cerita ni memang x bosan...silalah menonton, kalau anda berminat..Kalau mahu mendownload untuk membuat koleksi, silalah try mendownload di minidramaportal atau doramax..Kualiti gambar sangat2 puas hati...

nota x berkaki :: Bulan ni banyak citer best2..KBS ada drama Big dan I Do, I Do..SBS ada A Gentleman's Dignity...belum lagi masuk siaran MBC ke, TVN ke...banyak2...wakakakaka.. 

Penyelamat...



Sangat berguna di saat2 genting
Terima Kasih...

Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab, Haram Bersalam dan Bercampur?



nota x berkaki :: Sebagai peringatan kepada diri dan rakan2 sekalian...

Part 1 : BigBang Alive Galaxy Tour 2012

Adakah anda peminat tegar kpop BigBang seperti saya...sila like entry ini. ok!! (ada butang like ke??).. Okey ini cerita untuk peminat2  BigBang  di Malaysia, diorang nak datang Malaysia lah nak bikin itu konsert nyanyi2 dan joget2 (sumpah mesti anti-kpop benci baca ni)...Tarikh jangkaan dilangsungkan di Malaysia adalah 27 Oct 2012 bersamaan hari sabtu (sehari selepas Hari Raya Qurban).Hari dah cantik, cuma agak kurang sesuai atau manis bila sehari selepas Hari Raya.Comfirm agak bz sebab tahun ni nak wat Qurban...Venue maybe di Stadium Merdeka dan harga tiket masih lagi belum dicomfirmkan sebab belum dibukakan kaunter lagi....


fanatik giler kan sampai nak print screen dr tab-

Group ni memang NaNa minat giler.Antara group2 kpop yang NaNa minatlah seperti 2pm, SNSD, DBSK, JYJ dan SuperJunior, dan group CNBlue dan FTisland dan seangkatan-nyer lah..Banyak lagu diorang best2 macam Haru2, Love Song, Lies, Blue dan macam2 lah sehingga yang paling latest Monster..Paling minat kat si mata sepet Daesung coz his voice soooo sweet macam gula...puiiiihhh2~~ ᄏᄏᄏ ^^ ..

-BigBang-
Okey...untuk dipendekkan cerita..For more information, please visit FaceBook Event untung maklumat lanjut..---> Click Here...

Nanti bila sudah ada informasi rasmi, NaNa akan update di sini. Buat masa ini, layankan lagu kegemaran NaNa daripada BigBang di bawah.



 
 -Haru Haru-

 Nota x berkaki:: Agak2 korang, ZedZaidi nak buat x bantahan untuk konsert ni???hahahaha..

Pencarian Blogger Follower Bawah 500

Hi saudara saudari cikeboom cikeboom..
NaNa kembali lagi dengan ber-segmen ...
chewahhh~~~!!

Ok..segmen ini daripada blog Miss z
dengan tajuk en3-nyer "Pencarian Blogger Follower Bawah 500"

Syarat-syarat
- Follow blog miss z [nanti miss z akan follow korang balik] - done
- Letak header miss z dan linkkan ke entri ini - done 
- Buat entri  bertajuk : Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500 - done 
- Nyatakan bilangan follower anda - 128orang sahaja..
- Pastikan follower blog anda KURANG daripada 500 orang - sudah pasti!!! 
- tag kalau nak tak tapi pastikan diorang tahu :) - ok!
- hantar link entri anda ke ruangan komen
  Link entri BUKAN link BLOG
  hantar di ruangan komen entri ini BUKAN tempat lain - mengikut arahan..
- Tamat segmen : 12 JUN 2012, Jam 10 pagi - ada masa lagi..




nota x berkaki::aktiviti bosan2!!

감사합니다

Bingung sekejap...
Datang opis, buka blog, buka website nuffnang
Ada RM3.00..
Pelik tapi benar..

**Minggu lepas baru tukar accounts nuffnang sebab email lama dah suspended. Dan gayat sekejap dengan blogpot yang berwajah baru..sambil2 buka blog, sambil2 klik nuffnang..he3**


Rooftop Prince

Akhirnya cerita ni berakhir dengan Happy Ending..
Daebak!!!
Dah lama tak melayan Kdrama yang mengarut2 macam ni..
Macamana lah aku boleh layan cierita ni tentang Crown Prince zaman dulu boleh datang ke zaman 300 tahun kemudian yang nak menyiasat punca kematian Pemaisuri dia..
Bukan naik mesin cahaya masa macam Doraemon ada tu pun..
Dapat2 hero cerita ni Micky Yoochun tu memang aku minat sejak dari zaman kpop DBSK ke JYJ..
dan paling best cerita ni genre romantik komedi..
asyik gelak je awal2 cerita ni dan start ujung2, sedih sikitlah
btw, cerita ni memang totally daebakk!! 
Ia dah pun menjadi koleksi simpanan dalam hardisk..

Synopsis

Tae-mu (Lee Tae-sung), after killing his lost cousin in the U.S, returns to Korea claiming that his cousin, Tae-yong (Micky Yoochun), could not be found in New York. Meanwhile, Tae-mu has been having a secret affair with Se-na (Jung Yoo-mi), who in turn runs into her long-lost stepsister Park-ha (Han Ji-min), who has been long lost and adopted to U.S because of Se Na.
Two years after Tae-yong's disappearance, four men dressed in Joseon era garments, fall onto Park-ha's rooftop house. Homeless and having nowhere to go, the four men decide to stick with Park-ha. Their leader claims that he is the Crown Prince of Joseon (Micky Yoochun), along with his entourage Song Man-bo (Lee Min-ho), Woo Yong-sool (Jung Suk-won), and Do Chi-san (Choi Woo-shik). One day, Crown Prince Lee Gak sees Se-na who is the spitting image of his beloved wife, who was found drowned in the 18th century. He is convinced the two are reincarnations of each other. Meanwhile, company president Yeo (Ban Hyo-jung) mistakes Lee Gak for her grandson, Yong Tae Yong, because of their exact same appearance, and believes that her long lost grandson had finally returned. Lee Gak realizes that he has time traveled 300 years to 2012, Seoul, to search for the truth behind the mysterious death of the late Crown Princess. In order to approach Se-na, who is also President Yeo's personal assistant, Lee Gak pretends that he is Tae-yong. Tae-mu, believes that he killed his cousin in New York, feels threatened when he hears the news that Tae-yong has returned and started working in the company.
On the other hand, Park-ha is shocked, and somewhat saddened by the news that her new friend who calls himself the Crown Prince is, in fact, the grandson of CEO. But before long, she realises that she loves Lee Gak, and feels sad as prince Lee Gak approaches Se Na in order to solve the mystery of princess' death.






*Pic akhir ni copy daripada twitter Man Bo (2 dari kiri)*



nota x berkaki:: Bulan ni, cerita kdrama semua sedang trending...Dari Rooftop Prince, Love Rain, Fashion King dan King 2 Hearts.....Memang agak banyak leka seketika...kekekeke...

Bulan ALLAH

Assalamualaikum
(credit to BadrulHiham)


KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w :
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w :
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJ nya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Nota x Berkaki:-

Bila kembalinya bulan Rejab, NaNa teringat ada seorang Atok di Kampung NaNa dulu. Arwah Atok tu bongkok tiga...Arwah Atok tu akan berpuasa berterusan dari bulan Rejab, Syaaban hinggalah Ramadhan dan bila tibanya Syawal, arwah akan berterusan melakukan puasa 6 sehingga akhir bulan..Memang kagum dengan Arwah Atok tu coz NaNa sebagai orang muda pun tidak pasti boleh lakukan seperti Arwah Atok tu...Semoga ALLAH mencucuri Rahmat ke atas Arwah Atok tu..