Followers

7 years ago..

Salam dan hi semua...Semalam merupakan hari keluarnya result SPM untuk calon 2011...wah. Kepada yang dapat belambak lambak A+, teruskan usaha...kepada yang dapat result kurang baik, jangan putus asa. Percayalah, SPM ini hanya permulaan untuk kehidupan kampus yang belum tentu result hebat di SPM akan kekal hebat dan result yang kurang hebat di SPM kekal kebelakang (wah gitu!!).

Misti debar2 dan gementar kan sementara nak tunggu result kan. misti selagi result x keluar, hati rasa debar2. Ibarat dalam perut ni macam ada rama2 sedang terbang....hahahahaha....aku pun rasa juga lah...coz its just part of my life jugak dulu...

7 tahun lepas...

Aku bangun tido. Tapi sebelum tu, malam tu memang x nyenyak tidolah..pusing kiri xkena, pusing kanan xkena, meniarap xkena dan terlentang pun xkena...tu suma gara2 result nak keluar lah. yelah, orang macam aku ni, xpernah nak bersungguh2 belajar. memang xde matlamat hiduplah. so, aku terpaksalah nak atau xnak bangun jugak untuk siap2 kan diri nak pergi sekolah naik bas.

After mandi, siap2 pakai baju kurung yang dah gosok malam td dan pergi sarapan. Pagi tu, ibu offer nak hantar pegi sekolah untuk teman amik result kat sekolah. Jarak sekolah aku dengan rumah sangat jauh adalah dalam 40km. sebab tu aku duduk asrama sekolah SMK Teknik Bukit Piatu Melaka aka Teknik Melaka time aku sekolah Time ibu offer tu, aku bersungguh2 xnak diteman. sebab apa?...sebab aku takut aku kecewakan ibu, dibebelkan depan cikgu if result x ok dan sebagainya lah..kekekeke~~.Last2, ibu antar aku sampai bustand Masjid Tanah je dan siap ibu pesan, ape2 hal call nanti. tapi sebelum tu aku dah pesan kat ibu.."if result ok, Nana call, if x ok, nana x call"

Then aku naiklah bas sorang2 dari pekan Masjid Tanah ke Melaka Sentral. Waktu otw ke Melaka Sentral tu, macam2 aku pikir. "Aku dapat brapa A ye? kalau teruk misti kena bebel, aku nak jadi apa ek kalau result aku teruk?" dan macam2 lagilah...sebab aku gerenti kalau result keluar je, pantang je sedara mara or kenalan famili aku akan call aritu juga nak tanya result. rase nak cabot tepon lah dan kalau boleh kalau angkat dan cakap "no yang anda dail tiada lagi dalam perkhidmatan kami"... Sebenarnya aku bukanlah seorang yg x confident dalam diri. cuma aku jenis orang yang xsuke berharap. coz aku tahu tahap kemampuan diri aku kat mane. dan paling penting, cita2 aku x tinggi pun (buat waktu tu pada umur 17thn). yang aku tahu, aku sangat2 confident yang aku akan dapat 3 A1 iaitu untuk subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Lukisan Kejuruteraan. Untuk subjek lain aku cuma target die paling rendah B3. Kecuali untuk subjek Bahasa Inggeris dan EST yang aku sentiasa pasrah lulus or gagal.muahahahaha...

Then, sampailah Melaka Sentral jumpa kawan2. Sebenarnya sehari sebelum tu, aku dah siap berjanji dengan beberapa kawan aku nak jumpa kat Melaka Sentral untuk berkumpul sebelum naik bas seterusnya ke sekolah. After dah jumpa2, kitaorang teruskan perjalanan ke sekolah menaiki bas.

Sampai je sekolah, macam2 ragam aku jumpa, ada yang nangis, ada je happy semacam, ada je muka kelat, masam dan sebagainya lah....Aku ingat lagi, cikgu yang bagi aku slip result SPM aku adalah cikgu Fizik aku iaitu Cikgu Noor Azah..1st ayat die bagi aku, die tanya, "awak target apa?"...aku cakaplah, "target suma lulus je, xnak repeat amik paper Julai".. after ak cakap camtu, cikgu aku gelak je.hahahaha..... Then cikgu aku pun bagi, ape yang aku ingat ayat dia cakap."paper Julai pun xnak jumpa awaklah..hahaha.."...bila aku dapat je paper, benda first ak tengok, subjek Bahasa Inggeris dan EST saja..pergh!!!memang lah lulus, tp paras hidung jelah...kes naya ni..comfirm2 matrikulasi x lepas ni...nak sedih2 memang x guna lah time tu..bila tengok result subjek2 yang lain, as expected, kecuali Kimia dapat B4...asal Kimia merajuk ni, salah formula ke aku pakai....cess~...

inilah hasilnya

tapi btw, aku bersyukur sangat2. even result aku x cemerlang, tapi aku bersyukur. sebab aku percaya apa yang kita usahakan, itu yang kita dapat...Tulah, time orang prep, aku baca komik...time asrama dah lights off, aku pun turut lights off, x pernah2 nak stay up.....time orang stay up, aku sibuk fly (sekali je, tupun pasal tengok konsert Sheila on 7 kat MITC, time tu fanatik S07), time ada kelas tambahan, aku menyibukkan diri membuta..finally, lagi 1 bulan nak final, baru aku terkial2 nak study..tupun ada kesedaran sikit atas result percubaan spm...boleh lah time tu trial Subjek Sejarah aku gagal dan Subjek Bahasa Melayu aku dapat bawah daripada iaitu luar dari tahap kepujian. memang kena struggle lah kat 2 subjek tu coz dah tahap nazak....yang subjek Bahasa Inggeris dan EST tu pun, aku memang x pernah amik peduli...sebab, bahasa oversea ni memang lambat nak pick up...

Dengan result tu, aku cuma berharap nak amik diploma je. tapi xnak lah luar bidang apa yang aku belajar di SMK Teknik, i mean kejuruteraan elektrik dan elektronik...kebetulan aku memang minat nak libatkan dalam bidang pendidikan...so, cita2 aku pun x tinggi, aku pun apply upu Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan di KUiTTHO (nama lama untuk UTHM)....Tapi sebelum tu, aku dapat tajaan biasiswa dari Mara untuk membuat persediaan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan ke luar negara...tapi time tu, cita2 tak tinggi, aku tolak mentah2 je (sekarang rase menyesal giler2).tulah rezeki masing2 kan.....Dipendekkan cerita, akhirnya after 3 bulan aku dapat tawaran upu untuk melanjutkan pelajaran di KUiTTHO dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan. then bermulalah kehidupan aku sebagai mahasiswi universiti.....

No comments: