Followers

Wednesday, March 21, 2012

Precious Time

...........................................................................................................................................................................
Firman Allah Taala :

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah
[Surah Al-Baqarah : 196]

............................................................................................................................................................................

Salam dan hi semua....lama tak update. Memang rindu nak berblogging macam zaman2 belajar dulu. Sekarang ni sangat lain bila dah keje. Kena bangun awal pagi, pegi keje, keje, balik keje, tido...macam tulah hari2. Life tetap ada tapi kadang2 lah.haipp2!!...
Okeylah, tujuan Nana berblogging kali ni sebenarnya nak menceritakan tentang pengalaman Nana mengerjakan Umrah dan Ziarah bersama2 famili Nana iaitu Ayah, Ibu, Kak Ajah, Nana dan Zabir dalam 2 minggu yang lepas..Memang sangat2 best, teruja dan sebagainyalah coz ini merupakan Umrah dan Ziarah Nana buat pertama kalinya...Just to sharing sebenarnya Nana pun baru tahu bila dah sampai kat Arab Saudi, sebenarnya Umrah merupakan wajib buat pertama kali bagi mereka berkemampuan seperti Haji. Selama ini Nana sendiri tak tahu yang Umrah ini wajib. Yelah, ingat kita boleh nak pergi sesukahati or xnak pergi even berkemampuan .Sebab kalau kita ikut Rukun Islam yang kelima, mengerjakan Haji di Makkah bagi mereka berkemampuan sahaja yang wajib, tetapi sebenarnya tidak, mengerjakan Umrah adalah wajib juga (nampak sangat cetek ilmu di dada).
KLIA, Malaysia
Nana bertolak dari Malaysia 19/2. Tarikh tu bersamaan tarikh hari lahir Ibu Nana yang ke-52. Kebetulan semua tu. Kalau ikut perancangan awal, flight kitaorang akan direct ke Jeddah, tetapi atas sebab2 tertentu flight tu kena transit kat Cairo, Egypt dalam 8 jam. Kitorang semua baru tahu bila dah sampai KLIA. Kalau tidak maybe kitorang dah "tapau" macam2 makanan or any parcel untuk Adik Firah yang sedang belajar bidang perubatan di Egypt. Terasa macam ralat pun ada. yelah dia belajar di perantauan, misti rindu nak makan masakan ibu. Terpaksalah kitaorang sms kat KLIA nak deal ngan Adik Firah untuk jumpa kat Cairo nanti...
Bermulalah perjalanan kitaorang sebagai musafir (sebenarnya kitorang keluar dari rumah pun dah dikira musafir). Dalam sejam perjalanan tu, kitaorang transit dekat Bangkok,Thailand 30 minit. time tu azab sikit lah coz tandas diorang xde air. so faham2 jelah apa patut ada lakukan sekiranya ingin beristinjak....Then sambung perjalanan balik.
Cairo, Egypt
Baju kuning tu adik Nana bersama2 housemate die time kitorang transit di Airport Cairo
After 8jam perjalanan, kitaorang sampai kat Airport Cairo...wow!!!..sangat2 sejuk. Mengikut bacaan suhu kat situ waktu itu adalah 2 darjah celcius..even badan Nana yang banyak lemak ni pun terasa sangat sejuk. Siap cakap kuar asap lah. Memandangkan kitorang terpaksa transit 8 jam, pihak agensi buatlah Tour City tuk ronda2 sekitar kawasan Cairo. Hanya Nana, Ibu dan Adik Zabir saja yang ikut pegi Tour City tu. Ayah dan Kak Ajah nak duduk kat Airport Saja coz nak tunggu Adik Firah datang ke airport. Sampailah kaki ni tak semena-mena kat Pyramid, tepi Sungai Nil dan macam2 lah.
Pyramid
Madinah, Arab Saudi
1. Masjid Nabawi
After beberapa jam tu, kitaorang pun teruskan perjalanan kitorang ke Arab Saudi. Kitorang turun Airport Jeddah. Sampai2 Jeddah, naik bas pergi Madinah untuk ibadah Ziarah. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah adalah dalam 7-8 jam. Sampai je kat Madinah, dah lewat malam. Hotel yang kitaorang menginap tu berdekatan dengan Masjid Nabawi. Memandangkan terlampau penat, naik hotel terus mandi, solat qada' dan tido. Waktu tu suhu kat Madinah dalam 17 darjah celsius. Suhu situ memang sejuk but sejuk kering.
Dalam 1 jam sebelum nak Subuh kitorang sudah siap berjalan kaki nak pergi solat subuh di Masjid Nabawi. Sampai je kawasan masjid, satu perasaan yang sangat2 aneh. Tiba2 rasa sangat2 sayu melihat Masjid Nabawi. Tak tahu nape sayu sangat. 1st time tengok depan mata. Yelah, selama ni tengok dekat tv je. 1st mahu solat subuh kat situ, Nana x dapat masuk ke dalam Masjid. Hanya dapat solat kat kawasan luar dataran Masjid sahaja. Time tu memang ramai. Memang musim Umrah yang paling banyak orang datang adalah di awal2 tahun iaitu selepas musim Haji..Memang ramai!!!
Sambil2 nak tunggu solat subuh untuk 1st day tu, Nana macam blur kejap. aku nak buat apa ek..tiba2 rasa macam blur. Padahal kalau nak ikutkan, macam2 solat sunat kita boleh buat atau paling tidak pun baca Al-Quran. Sibuk pandang orang duk kiri kanan. Tengok cara masing2. memang macam2 keadaan. Satu lagi, bila kita berada di situ, kita akan jumpa pelbagai mazhab..so, memang pelbagai ragam r kita akan jumpa. Duk tengok orang itu dan orang ni. Memang time tu Nana macam xtau nak buat apa (yang ni jangan ikut)..
Finally, azan Subuh berkumandang...Pergh!!...memang rasa nak nangis..Besarkan kuasa ALLAH swt. Memang xtau nak cakap apa. Sape yang pernah mengalaminya, misti tahu kenapa. After solat semua, perkara kebiasaan after solat fardu, misti akan ada solat jenazah. Bukan after solat fardu Subuh sahaja, malah tiap2 solat fardu misti akan sentiasa ada solat jenazah.
Then, bersolat fardu di Masjid Nabawi pada setiap waktu sepanjang berada di Madinah dah menjadi perkara rutin. Bukan tu je yang boleh kita lakukan. padahal berselawat, mengaji dan mengerjakan solat sunat pun kita akan dapat lakukan. Waktu kat situ, perkara normal yang akan dapat kita lihat, orang berlumba2 nak melakukan ibadat.

Nana dan ibu di Malam terakhir di Masjid Nabawi
2. Taman Raudhah
Taman Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang banyak dimasuki jamaah untuk memanjatkan doa. Ia terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah. Dalam erti sebenarnya ia merupakan kawasan mustajab untuk berdoa.

Kawasan Raudah
-sumber google
-
Nana cuma berkesempatan melawatnya sekali saje itupun 2 hari selepas berada di Madinah. Pelbagai dugaan lah nak masuk. Salah satu sebabnya waktu untuk perempuan nak melawatnya terhad dan agak terbatas nak melakukan solat di dalamnya sebab terlalu ramai dan padat. Tetapi jikalau ada kemahuan, sentiasa ada ruang nak mengerjakan solat sunat disitu itupun kalau pandai caranya.
Tapi Nana tak tahulah kenapa ruang untuk wanita agak terbatas di dalam Raudhah ni. Coz bahagian hadapan iaitu Mimbar Rasulullah saw ditutup daripada pandangan kami dengan meletakkan penghadang dihadapan. Untuk masa lawatan lelaki, tiada halangan dan sempadan. Nana tanyalah Ibu kenapa diorang tutup kawasan hadapan, Ibu pun xtahu...Sebab Ibu cakap, dulu waktu Ibu mengerjakan Haji, bahagian hadapan sentiasa dibuka...im curious..why?

Perbezaan kawasan Raudhah dan Masjid Nabawi. Karpet Merah Masjid Nabawi dan Karpet Hijau Raudhah
--sumber google-

Dipendekkan cerita, kami berada di Madinah adalah dalam 4 hari. Then barulah kami bertolak ke Makkah untuk melakukan ibadah Umrah. Tapi sebelum tu, kami bermiqat di Bir Ali. perjalanan antara Madinah ke Makkah adalah dalam 6-7 jam. After bermiqat je, segala 13 pantang larangan ihram kita kena jaga. Yang paling Nana rasa sangat2 tergugat iman nak jaga adalah bulu. Bulu ini terdiri dari pelbagai jenis bulu seperti rambut, bulu hidung dan sebagainya. coz jikalau jatuh 1 or 2 secara sengaja or tidak sengaja, kita kena bayar dam dari segi sedekah ke fakir miskin secupak beras. jika lebih dari 3 helai, wajib dam seekor kambing. So, jaga2 lah...
Makkah, Arab Saudi
Sampai je Makkah, turun bas dan naik hotel hantar barang. coz kita masih lagi dalam ihram. So, segala perkara yang kita lakukan kena berhati2. after dah siap makan suma, kitaorang pun berjalan kaki ke Baitullah iaitu Kaabah untuk mengerjakan ibadah Umrah pertama. Antara hotel ke Baitullah adalah dalam 7 minit.
1st time tengok Baitullah, rasa sangat kagum. Bayangkan waktu dalam lagi 5 jam nak masuk waktu solat Subuh, ramai orang sedang tawaf, solat dan mengaji. memang tak sunyi. Time tulah dapat rasakan begitu besarnya kekuasaan ALLAH swt dan betapa ramainya pengikut ajaran Rasulullah saw. Sampai2 je, kami pun melakukan Ibadah Umrah bermulalah dari tawaf, saie dan bertahalul...
Then, bersolat fardu di Baitullah pada setiap waktu sepanjang berada di Makkah dah menjadi perkara rutin. Bukan tu je yang boleh kita lakukan. padahal berselawat, mengaji dan mengerjakan solat sunat pun kita akan dapat lakukan. Waktu kat situ, perkara normal yang akan dapat kita lihat, orang berlumba2 nak melakukan ibadat...<----ayat copy paste atas..
Sepanjang berada di Makkah, macam yang Nana alami. Betul cakap orang, mulut kita masin bila berada di Tanah Haram. Pantang cakap je, misti akan berlaku. Sebagai contoh.
1. Nana cakap laparlah (time dalam Baitullah). dalam 2-3 minit ada orang Turkey pas seketul ayam KFC. Bahagian dada lak tu. wow!!...rezeki2...
2. Dalam 2-3 hari di Makkah, After solat Nana cakaplah kat Ibu..kita asik solat jenazah tapi tak pernah nampak jenazah. Teringin nak tengok jenazah. Dalam perjalanan balik, tetiba ada orang usung jenazah lalu depan Nana. time tu memang terkejut sikit lah. after that, setiap kali balik atau pergi solat fardu, misti akan teserempak orang usung jenazah.
3. After tu macam2 lah jadi. Senang cakap apa yang kita mahukan, kita akan dapat cash di situ.
Okeylah, panjang sangat entry ni, let's the pictures stori k...

Suasana keadaan orang balik jalan kaki after solat Zuhur

Air Zam- Zam sejuk atau suam yang sentiasa ada di setiap penjuru dalam Baitullah

Suasana orang keluar dari Baitullah after solat Isya''

Suasana orang keluar dari Baitullah beberapa jam after solat Isya .Hari lain daripada gambar diatas


Suasana orang sedang tawaf antara solat Magrib dan solat isya


Kalau nak ikutkan banyak cerita Nana nak ceritakan dekat entry. Tapi rasa macam terlampau panjang pulak entry ini. So, dipendekkan cerita Nana balik dari Makkah ke Malaysia pada 5/3/12...InsyaALLAh, kalau ada masa lagi, Nana akan update lagi berkaitan dengan precious time Nana ini.
nota x berkaki :: Cerita Nana ni x termasuk lawatan ke beberapa tempat seperti Jabal rahmah, Jaranah, Padang Unta, pasar Tamar dan sebagainya. For more details about Umrah, try search and google.. Sharing is caring..

No comments: