Followers

Wednesday, April 18, 2012

360°?

Salam dan hi saudara saudari cikeboom cikeboom

Lately aku selalu ditanya oleh rakan2 dan saudara mara aku.."wah NaNa, ko belajar makeup ke?", "ko dah nak kahwin ke?", "ko buang tabiat ke?", "ko sakit ke?"...wah gitu..macam2 tohmahan aku dengar.cheewaaahhh...hahahahaha..


Okey, untuk meng-clearkan cerita, meh sini aku stori sikit. Even aku bukan artis yang perlu dikongsi cerita peribadi, tapi aku suke berkongsi cerita or membebel kat blog ini. Peduli apa aku kan...

Sebenarnya, since aku baru tamat belajar dalam tahun lepas, aku dah berangan dalam kepala nak buat itu dan ini. Tapi maybe time tu aku baru nak membina karier, dan jadual pun x tersusun padatnya.. Apa yang aku tahu, aku nak menambah ilmu pengetahuan aku sebagai wanita selepas bertahun2 aku menambah ilmu pengetahuan sebagai pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik selama 6 tahun. hahahaha.. Antara kelas atau ilmu yang ingin aku tambahkan ilmu pengetahuan adalah:


Kelas Fardu Ain


Kelas Fardu Ain ini memang aku dah rancang sangat lama. Since aku dari Universiti lagi. Tapi insyaALLAH aku harap aku tak terlewat lagi untuk mendalami ilmu agama ni. Kelas fardu ain ni termasuklah dari segi mengaji, pengisian ilmu-ilmu islam dan segala2nya lah yang berkaitan dengan ilmu akhirat. Niat ni menjadi semakin membara since aku di Kota Makkah. Aku harap niat ni akan berterusan. Aku bukan tak tahu mengaji, tapi better aku terus mengaji dengan orang yang lebih arif untuk menghilangkan syak dan was dari segi tajwid dan makhraj huruf. Alhamdulillah, aku sedang berusaha mendalaminya sekarang bersama ibuaku sendiri..Thanks dan u ibu..

-sumber google-

Kelas Memasak

Part ni pulak jangan korang cakap aku x kenal apa itu periuk, sudip, kuali dan lesung batu. Part ni, aku memang terer. Aku memang pandai masak2 lauk-pauk macam asam pedas, lemak cili padi, kari dan sebagainya, memang akulah juaranya tanpa mengunakan ajinomoto ni. Tapi bila part bakery kek, pastry, puding dan sewaktu dengannya, aku memang FAIL!!...memang aku x pandai. coz aku x pernah mencuba. so, aku memang bercadang nak masuk kelas masakkan. tapi memandangkan, masa tak mengizinkan. dapat2 aku ni orang berkomitmen, memang susah lah. Tapi aku masih lagi mencuba mencari lagi yang bersesuai dengan masa aku.

-kek besday tahun lepas-

Kelas Menjahit


Part ni memang aku teringin sangat2..yelah, ibu aku pandai jahit baju kurung, memang terkenal kat kampung pasal ibu pandai jahit baju, tapi anak tak pandai...aiseymen...tu sebab, aku kena pikirkan inisiatif macamana nak pandai jahit baju. so, inisiatif aku, aku daftarkan nama aku dalam program 1 Malaysia di Giatmara. Aku sedang tunggu nama aku di short list kan. Minta2 dapat...dapat pandai dua jenis baju jadilah..baju kurung dan baju melayu...sape nak tau pasal program ni, sila google k...

-sumber google-

Kelas Makeup


Hah!! yang ni paling dasat..aku memang anti sangat2 dulu bab2 gincu, eyeliner, eyebrow, maskara, blushur dan foundation. Tapi xtahu kenapa niat nak belajar tu datang tiba2. maybe selama ni ibu selalu tegur, "pakai lah gincu ckit, bibir nampak pucat je", dan paling aku kesalkan, kadang2 kawan2 aku tag pic aku dalam facebook, muka masing2 cantik berseri, tapi tang aku, muka pucat, lemau semacam je...So, aku rase nak buat sedikit perubahan. bukanlah drastik, tapi sebagai permulaan je. sebab aku rasa belajar makeup ni perlu untuk diri sendiri, famili, kawan2 dan sebagai 1st step untuk bisnes mana tahukan oneday. so, better belajar..Maybe sekarang aku tak begitu selesa, tapi maybe aku akan mencuba dalam keadaan tidak drastik.
-my first makeup class-

No comments: