Followers

Fenomena Baru.

Assalamualaikum dan hi saudara saudari cikeboom cikeboom...

Just nak share tentang sesuatu bersempena hari Jumaat harini, sejak akhir2 ni aku suka layan youtube mengenai mereka ni. Bukanlah cakap jiwa kpop, kdrama dan hiburan tu dah xda. Cuma sebagai pengisian berguna yang dapat aku kongsikan. Mungkin ini sebagai suatu fenomena atau satu langkah penyebaran ilmu2 agama islam kepada umat islam. Bayangkan Music, Facebook, Youtube dan sebagainya dijadikan sebagai satu medium untuk mereka mengembangkan ajaran islam.


Seperti yang dijelaskan oleh Fadhilatusy Syaikh Rabh bin Hadi Madkhali hafizhahullah wa syafaahu di dalam sambutannya untuk penerbitan majalah “Manabirul Huda” Al-Jazair menjelaskan :

“… Sesungguhnya sebab yang paling besar dan kuat untuk merealisasikan tujuan-tujuan (yang mulia) tersebut adalah dengan menggunakan wasilah-wasilah yang disyariatkan dan mengarahkannya untuk memahamkan umat, khususnya para pemuda, seperti kitab, kaset, selebaran, majalah, dan radio, sehingga pemahaman yang lurus ini sampai kepada setiap individu umat dan kepada setiap keluarga. Dengan syarat, orang-orang yang menanganinya adalah ahli yang bermanfaat, yang bertakwa, dan ikhlas karena Allah Rabbul ‘alamiin…”

Bayangkan, tiap2 hari kalau buka facebook, misti ada orang sharekan video, risalah atau komen2 daripada mereka. Kadang2 benda tu nampak je macam simple, tapi sekali kalau kita teliti dan fahami, message yang mereka cuba sampaikan amatlah mudah nak difahami.. Antara mereka yang aku suka dengar adalah..


Ustaz Don Daniyal Don Bijayid

1st time aku dengar ceramah Ustaz ni waktu menonton rancangan "30 Minit Ustaz Don". Memang best rancangan tu. Bayangkan, bukan aku je suke...budak kecik dan orang2 tua pun suka tengok rancangan tu. Ada caller dari golongan kanak2 dan dewasa untuk menanyakan soalan dan mengaji. Sangat hebatkan. Salah satu aku suka kata-kata dia yang aku suka,

"Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk-buruk dia, ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat.."


Ustaz Azhar Idrus

Ustaz ni aku selalu tengok ceramah dia kat dalam Youtube. Tiap2 ceramah dia, mesti ada ramai orang yang dengar. Ustaz ni memang aku salute time akhir tahun lepas. Orang lain sibuk wat konsert countdown akhir tahun, tapi Ustaz ni sibuk buat countdown dengan membuat pengisian ilmu ilmiah. Memang best lah. Senang cakap, cara sambutan akhir tahun dia x sama ngan cara sambutan orang lain. Good Job Ustaz!!..kadang2 aku gelihati dengar ceramah cara dia jawab soalan oyang ditanya orang di dalam Youtube..

Maher Zain

Yang ni memang aku sangat2 suka..cara dia adalah dengan music..Cukuplah kalau korang faham lirik lagu2 dia yang sangat padat message dia mencintai ALLAH swt, Rasulullah saw, Ibu Bapa, Isteri dan Sahabat.. Bahasa Inggeris bukan saja mudah difahami, tapi message yang nak disampaikan amat mudah nak sampai. Lagu baru dia..


No comments: