Followers

PLUS SIZE in STYLE

Assalamualaikum dan hi saudara saudari cikeboom cikeboom semua~~

Sebenarnya agak lambat juga nak update cerita ni..Bukan apa, tiap kali nak update, mesti macam tak tahu nak cerita apa...hahahaha...Okeylah, berbalik kepada tajuk en3, baru2 ni atau dalam spesifik waktunya dalam bulan tiga lepas, NaNa ada join satu program@group@kempen@event iaitu PLUS SIZE in STYLE. Maybe orang tak tau apa tujuan sebenarnya program ini. Ini semua rentetan daripada kelas makeup NaNa dulu jugaklah..Maybe time tu NaNa bertuah jumpa Kak Izwah...Dia lah cikgu makeup NaNa dan jugalah yang mengajak NaNa join event ni khas insan2 istimewa seperti NaNa bersaiz PLUS SIZE yang bertujuan memberi semangat atau dorongan kepada mereka yang lost confident kerana bentuk badan PLUS SIZE seperti NaNa ni...Mula2 time Kak Izwah ajak join, NaNa cakaplah "tengoklah~~"...tapi after beberapa haritu, NaNa terus fikir nak join dan terus cakap kat Kak Izwah, yang NaNa nak join...Mesti kawan2 NaNa pelik, kenapa tetiba nak join program2 macam ni. 


Sebenarnya NaNa ada reason NaNa sendiri kenapa nak join kempen ni.
 NaNa suka beli baju online.
 NaNa teringin nak try makeover (lebih kepada mencuba benda baru).
♥ Dan paling penting, NaNa teramatlah ingin join kempen ni sebab inilah masanya untuk NaNa memberitahu kepada orang lain, bahawa orang  PLUS SIZE  ini juga mampu melakukan seperti orang bersaiz biasa...Supaya orang di luar yang bersaiz seperti NaNa x perlulah putus semangat walaupun mempunyai saiz yang besar...tak kisah lah dari segi kerjaya, pendidikan dan sebagainya...


Flashback  zaman2 NaNa belajar dulu kat Universiti, NaNa memanglah bukan jenis orang yang berfesyen sehinggalah bekerja.Tapi memikirkan NaNa beralasan kenapa nak meng-join aktiviti ini adalah dengan niat nak support mereka2 yang tak confident dengan saiz PLUS SIZE mereka....


Memang sangat2 bagus kempen ni..kita haruslah menyokong satu antara sama lain terutama kepada mereka2  PLUS SIZE ...Macamana sekalipun saiz kami, kami tetap juga manusia dan mempunyai cita2 tersendiri...

NaNa dan Kak Izwah


spread with  
"Everybody deserved to be praised that they are beautiful"

by,
nanabdkbaik

No comments: