Followers

Part 5 : BigBang Alive Galaxy Tour 2012 (FiNaL)

Omaigad....rasanya demam Big Bang nana memang tak hilang-hilang lagi..seriously, memang sangat2 best malam tu...Memandangkan nana ada terhutang cerita tentang malam tu, rasanya nak wat review, but nana jumpa satu link yang sangat2 best..so, kalau nana cerita, mesti tak se'perfect" seperti yang die ceritakan..  
Untuk mereka2 yang nak tahu apa berlaku pada malam tu, leh check kat blog fiqah..die memang cerita sedetail2 nya..


Berbalik kepada cerita konsert Big Bang ni, nana sendiri pun tak percaya nana dapat pergi konsert diorang. Semuanya berlaku antara nana dan kawan nana, nama dia Syaza, die memang minat Big Bang, dan hanya satu2 group Kpop yang die minat dan amik peduli hanyalah Big Bang dan nana semestinya suka@minat dengan ramai group kpop dan paling nana minat adalah Big Bang. kalau nak ikutkan, dah lebih 7-8 tahun x jumpa dia ni even duduk satu kampung sebab last nana jumpa dia before nana pindah sekolah teknik time form 4 dulu. So, kalau borak2 tu, semua dalam facebook..

Dan akhirnya, bila YG Entertainment umumkan bahawa Malaysia akan menjadi salah satu lokasi untuk Tour diorang, cepat2 kitorang contact thru fb..time tu xdelah serious sangat kitorang punyer plan, until satu hari, bila booth tix diorang dah dibuka secara online dan booth, time tu memang rasa gelabah nak beli ke xnak (padahal hari sebelum2 tix jual dah gelabah). why? sebab hari bakal kejadian adalah sehari selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. So, memang terasa macam x sedap kan..Last2, kitorang decide nak pergi jugak..bayangkan, beberapa je jam tix online buka, semua tix sold out..So, terpaksa pikir cara lain.

Finally, Syaza dapat idea lain sehari selepas tix buka, die minta tolong kawan dia beli die booth AirAsia.dan akhirya................---->.dapat beli...


Then, nana dengan syaza kurang borak pasal konsert Big Bang ni until lah bila tiba harinya..time tulah baru kitaorang sms..Tima tulah baru kelibut2 kitaorang bincang macamana ak pergi, naik apa? stadium kat mana? nak gerak pukul berapa? kesimpulannya, memang betul2 kelibut.hahahahahaha...kebetulan time tu, sehari sebelum (Raya Haji) rumah syaza ada kenduri arwah dan famili nana ada wat Korban pada hari kedua Raya Haji..So, memang penatlah..

Akhirnya, kitorang tolak after Zohor dari Melaka ke Kuala Lumpur. Sebab, kalau ikut perancangan kelibutnya, ingat nak terus ke stadium. tapi, ramai ckp, comfirm akan jem. so, terpaksa pikir cara lain. nana drive ke rumah ibu saudara syaza. coz, sampai umah saudara syaza nnt, sepupu dia akan hantar ke LRT. coz, itu memang jalan alternatif terbaik..

Dari rumah ibu saudara syaza tu, kitaorang kena naik LRT dan tukar ke monorail untuk ke Stadium Merdeka..memang penat dan berpeuh lah naik cair lemak2 tepu ni..time dalam LRT tak rasa sangat lah..tapi bila dah naik monorail, time tu dah rasa teruja...coz time tu dah nampak orang pakai baju Big Bang, bawak banner, mekap dan stylist rambut macam GDragon..pergh..time tu xyah cakaplah..memang dah rasa teruja..coz, dari dalam monorail nak ke stadium kita akan jumpa ramai ragam manusia. sampai ada ibu ayah ikut join teman anak2 diorang,.

Sampai stadium, xyah cakap lah, memang haru biru..memang ramai..dan sebelum tu, sebelum terlupa, nana dan syaza dah standby raincoat. sebab tu open stadium dan memang sedang musim hujan.

Then, x larat nak taip lagi takut jadi bertambah boring coz nana memang x pandai bercerita...tengok gambar jelah ye...tp, nana memang x banyak amik gambar pun.

time ni ngah pusing2 stadium cari entrance..awan time ni dah mendung


di entrance. time ni nampak sorang2 ke sorong dengan budak PBSM coz pengsan



lampu belon di entrance

kami di situ, dari kiri shida (kawan syaza), syana dan nana (sememeh giler muka time ni)
 
 semasa kejadian

 motif nak amik pic "crown lightstick" tu..

itu GDragon..hanya dari jauh..

itu TOP..hanya dari jauh..

..Big Bang berlima pada malam itu, ni sumber google..


p/s: ok, citer dah abes. sori kerana cerita yang kurang best dan syok sendiri ni..terima kasih sudi membaca....ok..daa~~


2 comments:

fiqahlee88 said...

hello.hello... demam dah reda ke? hehe. sbnrnya, kalo g concert dorg,duk kt blkg cmbest jgk,sbb dpt tgok sea of crownstick & dpt dgr fanchant.. last time in Seoul, i was seated on 2nd floor,tp venue tu kecik je,mmg best la kan..n view pun better la kann..haha

shichi7nana said...

of coz, belum reda2 lagi...wakakakaka...
serius memang best ka, diorg comeback after beberapa kejadian taun lps...
rasanya nak pergi kot yg penutup tu..opppsss