Followers

Thursday, November 21, 2013

Epic & Classic

Haritu, mood baru balik dari negeri kelahiran aku
punggah-punggah almari gambar,
sebab nak cari gambar aku time kecil sebab tetiba rasa rindu gila-gila zaman kanak-kanak
tetiba jumpa pic kat bawah ni


Cerita di sebalik gambar ni..
Waktu ni, aku sekolah rendah maybe dalam darjah 5 or darjah 6
Waktu ni, kami lima beradik tak silap aku
adik bongsu aku, Zabir tak lahir lagi

Waktu tu, pagi-pagi sedang siap-siap nak pergi sekolah
Macam biasa, Ibu akan sediakan sarapan ke sekolah dan Ayah pun sedang bersiap-siap nak pergi bekerja selepas hantar kami masing2 ke sekolah nanti
Sebelum sarapan, Ayah suruh kami lima beradik beratur sebab nak ambil gambar 
(Hobi Ayah memeng suka amik gambar)
Kami pun relakan muka masing-masing diambilkan gambar
Walaupun waktu tu, dah lambat nak pergi sekolah

Waktu tu, memang tak rasa apa-apakan 
Tapi, bila dah besar rasa sentimental value tu ada
Teringat kami kecil-kecil besar sama-sama duduk satu rumah
Susah payah Ibu Ayah kami besarkan kami walaupun dalam keluarga hanya Ayah seorang sahaja yang bekerja
Ibu pula sambil-sambilan ambil upah jahit baju jiran-jiran dan kadang-kadang buat kuih
Penat Ibu Ayah nak besarkan kami sampai masing-masing besar dan bam-bam

Dan kesimpulannya, bila aku tengok balik gambar ni
serius rasa nak nangis, sebab zaman kanak-kanak kami sangat-sangatlah best
Sekarang ni, budak-budak dalam pic ni masing-masing dah besar
Ada yang dah berkahwin dan bergelar bapa, dan ada yang bujang
Ada seorang Guru, Chargeman, Lawyer, Engineer dan bakal seorang Doktor (insyaALLAH)..

p/s : Dalam setiap gambar, ada cerita...Rasa nak cari lagi gambar yang ada sentimental..So, kalau rajin-rajinlah bergambar..

Monday, November 11, 2013

How to Watch Korean Drama Using Android Apps - #Dramania

Lately, sindrom menonton drama korea datang balik dekat aku. Dalam satu minggu tu, memang adalah dalam 5-6 korea drama yang On-Going yang aku sedang tengok. Macam biasa, rumah aku tiada Astro Beyond, so terpaksalah aku mendapatkan source dalam dua bentuk cara. First, aku men-download terus dari sumber-sumber dipercayai dan Second, aku mem-play atau menonton secara on-line.

Hari ni, aku secara nak tunjuk pandai sikit nak tunjuk cara2 menonton secara on-line. Maybe, ramai dah tahu kegunaan apps android ni. Tapi, x salah kan aku nak merajinkan diri menulis entry ni..

Ok, sila sediakan handphone or tablet anda sekalian (yang ada android)..Yang ni, aku bagi contoh menggunakan Tablet Samsung.

1. Download apps #Dramania di Playstore/Market secara percuma.
2. After download, klik screen seperti gambar icon dibawah. (penjuru atas, kiri sekali)

3. After klik icon tu, korang akan jumpa table macam dibawah ni. 

4. Contoh bawah ni, aku pilih "Updates". After klik, korang dah boleh start memilih, boleh scoll up or scroll down. Yang ni memang up-to-date dan yang pasti, lebih pantas dari Astro beyond punya siaran.

5. Yang bawah ni, aku pilih "The Heirs". akan keluar semua episod dari yang awal hingga terkini. Boleh pilih..

6. Sebagai contoh, aku pilih episod 10. After klik episod 10, ia akan keluar screen macam bawah ni. Sampai kat sini, korang boleh pilih samada nak mem"download" or mem"play"..Just klik je..


Ok, itu sahaja. Mudahkan.

p/s : #saya.tidak.dibayar.menulis.entry.ini.oleh.android.

Wednesday, November 06, 2013

Big Bad Wolf 2013

Hi everyone especially to all of you "bookworm"
Here, the good news for you out there.

Big Bad Wolf are back!!
Please set your date and time to visit this  book sale.
Trust me, it's really cheap and worth it.

Visit this official website for more detail.

Friday, November 01, 2013

Adik Aku

Aku ada seorang adik perempuan
Nama dia Nur Afirah Hj Zainal
Dia anak ke-lima dari enam adik beradik yang totalnya ada dua laki2 dan empat perempuan
Cita-cita adik aku hendak menjadi seorang Doktor, dan Insyaallah cita-cita dia akan terlaksa jikalau tiada aral melintang dalam tempoh 3 tahun lagi
dengan tajaan biasiswa JPA, dia berada sangatlah jauh dari kami sekeluarga semua

Apa tujuan saya tulis entry ini???
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Esok 2/11/2013 bersamaan ulangtahun kelahiran adik saya ke 20 tahun
Masuk tahun ni, dah 3 tahun, dia sambut ulang tahun kelahiran di perantauan
Walaupun jarak kita sangat jauh, aku ingat ko
Dan paling sedih, perubahan cuaca tempat kita
waktu Malaysia siang, ko malam
dan bila Malaysia malam, ko siang
So, time ko nak skype memang aku tak rajin nak layan kecuali Ibu dan Ayah
Nasib baik teknologi lain banyak macam Whatsapp lah, Viber lah, WeChat lah
So, rindu tu kurang lah kot...**poyo!!**

Terima kasih waktu cuti haritu ko jadi maid aku sampai berat aku naik 5-6kg
dan buatkan aku terpaksa turunkan semula
Terima kasih jadi tukang dengar cerita hyper ambitious aku
dan
Selamat Hari Lahir ke-20 Fira
Semoga cita2 kau tercapai untuk menjadi Pakar Obstetrik dan Ginekologi dalam tempoh 10 tahun akan datang
dan sila jaga kesihatan ko dekat sana sebab dengarnya cuaca sana dah nak masuk musim sejuk
Dan Insyaallah, aku datang lawat ko tahun depan bulan March
Sila jemput aku dekat Airport..**ini, kalau aku takde plan**


Hi November!!


Dear November,
Please be nice to me!!

Thursday, October 24, 2013

Dapatkan Running Man & Family Outing Season 1

Entry ini adalah khususnya pada mereka yang amat meminati variety show Running Man dan Family Outing Season 1.
  1. Family Outing Season 1, 85 Episodes
  2. Running Man Episode 1 to latest
Bagi mereka yang berminat ingin menambah koleksi variety show, bolehlah email kepada aku nanabdkbaik@gmail.com
Tidak terhad pada Variety Show sahaja, Drama-Drama Korea dan Japan yang baru dan lama pun boleh. Just email aku je ok.
Family Outing Season 1


Running Man

"The day i passed maths"

Salam saudara saudari cikeboom cikeboom semua..

Semalam balik dari kerja, after borak kosong ngan ibu ayah aku kat beranda rumah, aku pun golek-golek atas katil sambil buka tab
Then, terjumpa video ni tengok ada member aku share
Serius, aku yang hati yang berlagak gangster ni pun sedih tengok video ni
Video ni tajuknya "The day i passed maths"
Sila tonton di bawah ini..



Mesti korang semua pelik kenapa bapa budak ni beria-ia menangis.
Misti korang fikir "alah "C" je pun, bukan "A+" pun. Tupun nak menangis. Hati ada taman"
Reason budak ni adalah

"The day I passed maths. Hey there everyone the man in the video is my dad :)
I year before this video I was at a grade F in maths and in England you need a C (pass) to basically do anything with your life, ive never been amazing academically and have struggled through out school , neither me or my dad or my teachers thought I was going to get my C , I know some of you might be saying , well an c is nothing but for me it was hard to get"


Mungkin bagi korang biasa-biasa je, tapi bagi aku
ia adalah sesuatu besar
dapat2, bila seorang bapa tu baru balik kerja penat-penat, then anak bagitu berita gembira
terus hilang penat bapa tu kan..

Tuesday, October 22, 2013

Hampir 3 Tahun

Dah hampir 3 tahun aku tinggalkan zaman belajar.
Serius pantas masa berlalu..
Rata- rata kawan aku sekarang, ada yang bekerja, berkahwin dan sambung belajar

Bercakap pasal sambung belajar
Sekarang ni aku adalah buat-buat rajin meng"google" dalam internet tentang bidang2 yang aku nak sambung.
Aku pun xtau kenapa dalam menjak-menjak ni, hati aku ni macam membuak-buak nak sambung belajar

Kalau ikutkan, after tamat degree dulu, adalah dapat surat tawaran dari Universiti lama aku dulu untuk melanjutkan pelajaran dalam Master of  Electrical Eng.
Tapi time tu, aku terpaksa tolak

Kalau nak ikutkan, time tu..
ibu akulah orang no satu yang menentang tindakan aku..hehehehe..
Alasan aku tolak time tu, time tu aku rasa penat nak belajar
bayangkan aku start belajar dari after SPM direct ke Diploma ke Degree
nak kira2,  adalah dalam 6 tahun

So, sekarang ni, aku rasa tetiba semangat
tetapi belum ada peluang terbuka lagi sebab bidang yang aku nak, belum buka lagi
Ada gak member2 aku tanya, aku nak sambung bidang apa,

Jawapan aku
Master of Business Administration (MBA) atau Master of Engineering Management (MEM)
Kenapa macam lari bidang lak ka????
Jawapan aku!!
1. Aku dah cukup penat dengan Electrical
2. Course tu related dengan bidang aku kerja sekarang
3. Skop MBA dan MEM besar..Nak tahu besar camner, search kat internet
4. Aku memang target nak amik bidang ni sejak zaman aku degree if memang bukan rezaki aku tuk jadi pendidik/pensyarah

So, doa2 lah mood aku ni bertahan sehingga tahun depan time pendaftaran open semula tahun depan!!



Wednesday, September 04, 2013

Time to Recover

Salam saudara saudari cikeboom cikeboom semua..

Saya baru selesai menjalani pembedahan
Syukur dan Alhamdullillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas
Dapat 3 minggu MC dan  masih berbaki 1 minggu lagi
dan saya tahu, mood saya akan swing2 untuk bekerja nanti

Doakan saya cepat sembuh, dan bersemangat untuk memulakan tugas untuk
bekerja


Monday, July 08, 2013

#3. To Do Lists 2013

Salam saudara saudari cikeboom cikeboom semua..
Saya telah berjaya menyelesaikan To Do Lists 2013 saya no 3 iaitu percutian ke Shenzen, China dan Hong Kong pada 30/6/2013 hingga 3/7/2013.
Akan saya cuba updatekan dalam masa terdekat sebab mood berkerja saya sangat maksima sekarang.


Wednesday, June 05, 2013

To Do Lists 2013

Salam saudara saudari cikeboom cikeboom semua..
Hari ni mood aku agak baik sedikit dari hari2 sebelumnya untuk meng-update blog
wakakaka
so, sila baca kalau sudi baca..
tak sudi, boleh terus tekan pangkah ok..
hehehe

Sebenarnya, entry ni adalah entry yang dah lama aku simpan dalam draft
cuma time dulu aku tak sempat nak post sebab aku rase macam segan nak post
but after masuk bulan 6 ni, aku ada nampak progress, baru aku benari nak post
sebab aku tak nak nampak macam angan2 kosong je..

Berikutan pada "To Do List 2013" aku ni, sebenarnya aku senarikan atas sebab2 yang aku rase sangat2 penting
Macam tahun lepas, "To Do List 2012" aku yang aku dapat buat hanya 3 je dari banyak2.
Contohnya,
1. Aku nak pergi Umrah.
2. Aku nak beli insurans.
3. Aku nak jumpa BigBang (yang ni jangan contoh)
dan senarai2 lain, aku tak dapat target

Berbalik kepada progress "To Do List 2013" aku, meh aku sambung cerita di bawah ni.


1. Bayar Balik PTPTN.
Yang ni aku memang target dari tahun lepas nak start bayar, tapi time tu aku kerja pun tak menentu lagi, so aku ON HOLD dulu.. Tiba2 dalam akhir2 tahun lepas, time PM kita bentangkan bajet 2013 dan ada menyatakan mengenai diskaun kepada mereka yang ingin membayar habis atau kepada mereka yang ingin membayar ansuran secara berskala dalam tempoh yang ditetapkan. So, selepas mengira bajet simpanan dan tabungan berskala aku,aku bayar dan Syukur..secara rasminya aku telah bebas sebagai penghutang PTPTN pada akhir bulan Januari 2013. Rasa lega sangat apabila pihak PTPTN dah mengeluarkan surat yang menyatakan aku sudah bebas hutang...Kalau orang tanya aku, jimat tak?Jawapan aku sangaaatttt jimat. Bayangkan, aku ada buat pinjaman time belajar Diploma dulu. Time tu, aku pinjam RM15k je tapi after tambah faedah, jadilah dalam RM16k++..Tapi, dengan diskaun diberikan, aku dapatlah jimat dalam RM2k-RM3k.

2. Beli Rumah/Aset
Mula2 dulu aku ingat dah kerja, aku nak beli kereta dulu. Tapi, memandangkan aku masih lagi memakai kereta iswara ibu aku dulu yang sama time aku belajar dulu, so, aku tak jadi beli. Dan lagipun, kereta bukanlah aset dimana harganya akan susut setiap tahun. Okey, ulang semula..Kereta bukan aset..Aset adalah seperti rumah atau tanah atau benda2 yang nilainya tidak akan surut dalam tempoh 2-3 or bertahun2 akan datang. Kenapa aku beli rumah???..sebab asas dan logiknya, aku nak buat harta. Memandangkan harga rumah di Melaka masih murah lagi dan tak seperti di Kuala Lumpur dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. So, selepas melihat kestrategik tempat, harga dan sebagainya, akhirnya aku beli rumah rumah Teres satu tingkat setengah. Keluasan dia= 22' x 70'. Ada 2 master bedroom dan 3 bilik kecil.  Target aku mula2 beli nakduduk situ je. Tapi after discuss ngan ibu ayah aku, diorang cakap, sewakan je pada student2 Universiti yang belajar area rumah aku. Alasan diorang, dapat aku kecikkan hutang bulanan aku kat bank nanti..ye tak ye jugakkan..Senang cakap, habis hutang PTPTN, aku tambah hutang 20 tahun kat bank untuk rumah pula..

3. Berjimba di China
Yang ni, aku tak boleh cerita lagi..tapi Insyallah, 30/6/2013 hingga 3/7/2013 aku akan pergi ke China. Backpacker je untuk 4 Hari, 3 Malam. Lokasi : Shenzen, China dan Hong Kong.

4. Tinted, Repaint Kereta
Yang ni, aku tak buat lagi..yang pasti, aku target nak tinted and repaint kereta, tapi benda lain yang aku wat dulu..aku tukar tayar kereta 2 biji dulu. Dengan alasan, 2 biji tayar depan kereta aku tu, dah memang dalam keadaan nazak..siap terkeluar dawai.so, nak tak nak, terpaksa tukar tayar dulu.

5. Menabung dan Terus Menabung
Ni memang aku buat tiap2 bulan, cuma tak ikut skala yang aku target jelah..

6.Plan nak sambung Master
bahahahaha..aku pun takut jadi omong2 kosong je. Sebab, hati aku tak bukak lagi untuk target ni.

7. Kahwin kalau dah betol2 sampai seru.
Yang ni, aku serahkan pada ALLAH swt. If ada jumpa seseorang yang sayang aku, hormati kedua2 ibu bapa dan famili aku dan mampu melayan perangai aku yang gila2 ni, aku terima je. Jodoh dan ajal maut di tangan ALLAH swt.  (salah satu to do lists 2012 yang tak tercapai.hahaha)

Thursday, April 18, 2013

Rich Man, Poor Woman (J-Drama)

Sebenarnya, cerita ni dah sangat lah basi but aku tetiba nak share sebab aku dah tengok cerita ni lebih dari 3x tanpa jemu. Serius, memang best. Mula-mula aku tengok dulu sebab aku memang suka kat hero dia Shun Oguri baik dari cerita Hana Yori Dango, Hanakimi, Gokusen, Crown Zero, Detective Conan dan segala-galanya. So, aku tengoklah..Last-last, bagi aku jalan cerita ni sangat-sangat menarik. Bukan pasal dia hero but jalan cerita. Sangaaattt best..

Kalau nak faham, kena tengok ikut urutan seperti di bawah. Dengar-dengar, akan ada season 2.wahhh...tak sabar nak tunggu..


Rating : 9.8/10 



Synopsis


The story in the Rich Man, Poor Woman special takes place before the creation of Next Innovation, The special basically revolves around the creation of the firm and how Hyuuga (Oguri Shun) and Asahina (Arata) managed to pull through to create it.


Rich Man Poor Woman (J-Drama) (2012)


Synopsis
Oguri Shun plays Hyuga Toru, an affluent man whose personality is on the contrary, speckled with flaws. A CEO of an IT firm who is published on Forbes as a billionaire, Toru attained his fortune through chance and pure luck. A woman who meets Toru and eventually becomes attracted to him is Sawaki Chihiro, played by Ishihara Satomi. Chihiro is a hardworking college student at Tokyo University who has prepared for her future as much as she possibly could through studies and obtaining licenses. Despite her efforts, she has yet to land a job. Upon meeting Toru, she begins to unravel a genuine pureness inside him and solitude resulting from such pureness, which eventually draws her closer to him. The two repeatedly conflict each other, but little by little learn about one another to grow and develop together.
Despite the worldwide recession and financial difficulties, there are people like Mark Zuckerberg who began work from merely an apartment room or a garage that end up growing to be companies generating over ten billion dollars revenues after merely 10 years or so, embracing their new found wealth by living the dream life. Whether it's a game or application software, Ecommerce, or other IT related firm, there are more than a few who rose in fame to such status in recent years. On the other hand, Japan's unemployment rate for new grads dropped to a record low and those who want to work are unable to, or their wishes to work at their company of choice is not granted.



Rich Man, Poor Woman in New York (J-Drama) (SP) (2013)

Synopsis
Over a 21 month period, Makoto (Satomi Ishihara) works in Brazil. For one week, she travels back to Japan. Makoto doesn’t have a place to stay, so she stays at Toru’s (Shun Oguri) house. As they live together, conflicts arise from their different life styles.

Thursday, April 11, 2013

Blood Pressure

Aku tak tipu. Buat masa sekarang ni, aku memang sangat enjoy dengan life aku baik dari segi kerja, dan kehidupan seharian,. Tapi aku tak tahu kenapa Blood Pressure aku naik haritu. Sampai doktor yang check aku cakap, bacaan BP aku tinggi.. Time haritu, aku just rasa mata pinar-pinar. Yang ni, memang aku akui, aku memang ada rabun silau yang tinggi di bahagian kiri sahaja. Rabun jauh dan rabun dekat aku memang tiada dan sangat TipTop.

Berbalik kepada cerita BP ni, aku pergilah jumpa doktor yang kliniknya selang 2-3 bangunan dari tempat aku kerja. Datang2, aku take time rileks kejap. Then baru daftar. Time tu, aku tak rasa pening langsung cuma mengantok dan mata pinar. Bila dah daftar, doktor panggil, tanya kenapa..Aku cakpalah mata rasa macam pinar2 dan suruh die check BP aku. Apa yang dasyatnya, Bacaan BP aku waktu tu adalah 160/100. Rujukan seperti kat bawah.



Kalau ikut jadual, aku dah berada di Hypertensi Peringkat II. Tahap camni, memang doktor dah galakkan masuk wad. Kalau nak ikutkan, boleh je nak masuk wad sebab aku boleh claim dengan insurans. Tapi, aku rasa macam tipu lak mesin tu. Then, aku dapat mc dan balik rumah. Kat rumah aku, ada mesin tu juga. Bila aku check, bacaan die, lebih kurang bacaan di klinik tadi. So, aku start rasa risau dan risau.

Secara jujurnya, aku memang tiada rasa tekanan dalam kerja dan kehidupan seharian aku. Memang sangat enjoy. Cuma yang aku nampak, ada beberapa sebab kenapa perkara ni terjadi.

1. Aku memang dah lama tak exercise macam kebiasaan aku buat berlari atas crosswalk paling-paling pun 30 minit sehari. Last aku lari atas crosswalk dalam bulan 2.
2. Bab makan, aku memang makan apa saja dan tak diet.
3. Aku kerap tidur lambat. Mengadap laptop sampai nak ke pagi tengok cerita korea lah, jepun lah, melayu lah, dan macam-macam lagi


So, kesimpulannya, aku kena berjaga-jaga sebab aku masih sayang diri aku sendiri dan orang2 sekeliling aku,.


Monday, April 08, 2013

That Winter, The Wind Blows (K-Drama) (2013)

Drama Korea paling latest aku layan.
Memandangkan rumah aku tiada channel S HD tu, terpaksalah aku men-download. secara rajinnya
Dah tamat dah citer ni kat korea, kat channel S HD tu aku tak tahu
Citer ni memang best, suka tengok diorang
Macam biasalah, citer korea kalau tak drag dari episod awal sampai habis memang tak sah
Sila layan, kalau nak layan..

Rating : 9/10 


Summary:

A man (Jo In-Sung) known as the best gambler in the Cheongdam neighborhood lives a meaningless life. His parents dumped at an early age and he lost his first lover. Meanwhile, a woman (Song Hye-Kyo) is the heir to a large corporation, but she is lonely. She has also lived through a difficult life. She lost her eyesight and her father passed away. The woman has to protect herself from those around her.

Friday, March 22, 2013

Awkward Moment


Sahabat karib anda sendiri datang berjumpa dan menyerahkan kad jemputan kahwin. Bila baca nama pengantin lelaki adalah bekas teman lelaki anda sendiri dan sahabat karib anda sendiri sedia maklum hubungan anda dengan lelaki tersebut dan tahu kenapa anda ditinggalkan dan bertapa teruknya anda frust menonggeng..







Wednesday, March 13, 2013

Marah!!

Sangaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttttt~~ rasa marah. Kenapa semua link download drama/movie ditutup. Aku dah lah suka mendownload, boleh lak semua link ditutup. Tak pasti kenapa ditutup, tetapi link-link cerita korea or luar daripada Malaysia masih lagi ok. Hanya link cerita-cerita tempatan..Kalau siapa-siapa kat mana leh download cerita Melayu especially cerita Sehangat Asmara, bagi or share link k...


Saturday, March 09, 2013

Header Bertukar


ABOVE ni header lama aku..
Aku copy dari blog siapa entah dulu
rasa-rasanya dah lebih 3 tahun guna header yang sama..

Sekarang..
Aku dah ada header yang baru hasil kerja tangan kawan lama sekolah  aku dulu
nak ikutkan, dulu time sekolah, memandangkan aku ni memang tak kreatif manapun
aku selalu suruh dia lukis 
samai sekarang aku simpan even adalah dalam 2-3 helai
Berbalik pada header baru ni,
Caption, tak boleh lari
sebab aku suke caption lama tu
sebab aku suka, aku suruh letak balik
dan hasilnya...
BELOW ni.




Saturday, March 02, 2013

Thursday, February 14, 2013

Sehangat Asmara

Puahahaha....Tajuk entry aku kali ni memang tak boleh blah dan agak poyo sedikit..Sebab tajuk entry aku macam "HOT" je bunyinya sebab ada perkataan seHANGAT tu..wakakaka...

Berbalik kepada tajuk entry aku kali ni, tajuk entry aku ni adalah mengenai sebuah drama yang sedang main kat tv Astro Beyond (mentang-mentang rumah aku takde Astro Beyond). 

Untuk mereka yang belum mengetahui (rasanya semua dah tahu..he3), drama ni adalah berdasarkan pada sebuah novel yang bertajuk "Sehangat Asmara" yang ditulis oleh Aisya Sofea. Kalau nak ikutkan, novel ni dah lama publish since aku sekolah menengah dalam Form 2 or Form 3 time tu dan apa paling kelakar, aku tak pernah pun baca novel ni even aku seorang hantu buku. Kenapa aku tak pernah baca novel ni?...Sebab utama adalah nama watak utama hero novel ni adalah Zainal Arief. Apa masalah dengan nama Zainal Arief tu?...Hahahahaha....Sebab nama ayah aku Zainal Ali..hahahaha...Tulah sebabnya aku tak pernah baca novel ni even selalu kawan2 aku recommend kan..

Dan akhirnya, after bertahun-tahun, novel ni baru di dramakan, dan watak utama Adi Putra dan Rita Rudaini berlakon. Mula-mula tayang, aku rasa tak interested langsung. Sampailah satu hari tu, dalam minggu nilah, kakak aku menghasut ajak tengok cerita ni..Kemain dia ajak aku cari novel dia..Aku pun pelik, apa yang best sangat novel ni..So, aku terpaksalah layan kejap cerita ni sementara tunggu dia habis baca novel tu..Mula2 tengok episod pertama, pastu episod kedua, pastu episod ketiga dan seterusnya sehingga episod ke sembilan dalam satu malam. Dan start lah episod aku menjadi teruja nak tahu apa ending dia..dan akhirnya, aku pun terpaksa gigih memtelaah buku ni lewat2 malam sebelum tidur dan bangun awal pagi2 sebelum Subuh untuk menghabiskan novel.

Finally, yang boleh aku katakan not bad..Dapat2 bila baca, aku bayangkan watak utama dia Adi Putra dan Rita Rudaini. Dahlah Adi Putra tu kacak dan Rita Rudaini tu cantik, so makin laju je aku baca.



Sinopsis :

Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.

Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...


Kesimpulannya :

Pada rumah dia yang ada Mustika HD, boleh lah tengok di tv. Dan pada aku yang takde Mustika HD ni, terpaksalah mendownload secara normal di laman sesawang ni. Buat sementara ni, aku stop dulu dari tengok cerita ni. Sebab aku dah tau cerita dia macamana sebab dah baca novel. Tapi, aku still ongoing mendownload cerita ni sampai terlatest episod, sebab cukup edisi episod, baru aku layan. Sebab, kang dah tengok satu episod, pastu kena sambung setiap episod dari hari ke hari dan minggu ke minggu, tak ke spoil mood aku.hehehe...

btw, enjoy, nice drama sebab Adi Putra nampak kacak serta gentleman dalam cerita ni.wakakaka...

macam biasa, aku yang kuat membebel,
                                                                                                                                           nanabdkbaik

Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday #01



"Sebagai ingatan kepada diri sendiri dan wanita seagamaku...."
                                                                                                                                          nanabdkbaik

Wednesday, January 30, 2013

Big Bad Wolf Aftermath Sale : The Last Hunt (2013)


Kepada semua ulat-ulat buku seperti saya, pesta buku Big Bad Wolf kembali semula. Tetapi tempoh pesta tidaklah lama seperti dulu. Hanya 5 hari sahaja...APA????....5 Hari sahaja?...Ya...So, janganlah melepaskan peluang kali ini.bagi mereka yang tidak berkesempatan pada tempoh hari..

Apa yang menarik?

Kalau dulu, harga buku bermula pada RM8.00 tetapi kali ini harga bermula dengan RM5.00.. so memang sangat-sangat berpatutan okey.

Dan apa yang menarik perhatian lagi, bagi pelajar-pelajar Universiti yang mendapat baucar buku RM200, anda boleh gunakan disini.Sangat-sangat bermanfaat.

Dan terakhir, kebanyakkan bulu di sini adalah buku import, so, memang berbaloi, sebab kalau nak dibandingkan dengan kedai buku lain-lain, memang tidak rugi..

Okey, banyak bebelkan kan..Wakakakakaka....Untuk maklumat lanjut, boleh lawati di facebook rasmi Big Bad Wolf.


Monday, January 07, 2013

Doodle oh Doodle

Apa itu doodle?
1. Taip "www.google.com"
2. Taip "doodle".
3. Jumpa maksud....

First time lukis doodle. Then guna  Microsoft Office Excel 2007. Bila siap, tengok...kreatif juga aku ni..muahahahaha...Isi bakul, angkat sendiri okey..Dah, jom sambung kerja..