Followers

Thursday, April 11, 2013

Blood Pressure

Aku tak tipu. Buat masa sekarang ni, aku memang sangat enjoy dengan life aku baik dari segi kerja, dan kehidupan seharian,. Tapi aku tak tahu kenapa Blood Pressure aku naik haritu. Sampai doktor yang check aku cakap, bacaan BP aku tinggi.. Time haritu, aku just rasa mata pinar-pinar. Yang ni, memang aku akui, aku memang ada rabun silau yang tinggi di bahagian kiri sahaja. Rabun jauh dan rabun dekat aku memang tiada dan sangat TipTop.

Berbalik kepada cerita BP ni, aku pergilah jumpa doktor yang kliniknya selang 2-3 bangunan dari tempat aku kerja. Datang2, aku take time rileks kejap. Then baru daftar. Time tu, aku tak rasa pening langsung cuma mengantok dan mata pinar. Bila dah daftar, doktor panggil, tanya kenapa..Aku cakpalah mata rasa macam pinar2 dan suruh die check BP aku. Apa yang dasyatnya, Bacaan BP aku waktu tu adalah 160/100. Rujukan seperti kat bawah.



Kalau ikut jadual, aku dah berada di Hypertensi Peringkat II. Tahap camni, memang doktor dah galakkan masuk wad. Kalau nak ikutkan, boleh je nak masuk wad sebab aku boleh claim dengan insurans. Tapi, aku rasa macam tipu lak mesin tu. Then, aku dapat mc dan balik rumah. Kat rumah aku, ada mesin tu juga. Bila aku check, bacaan die, lebih kurang bacaan di klinik tadi. So, aku start rasa risau dan risau.

Secara jujurnya, aku memang tiada rasa tekanan dalam kerja dan kehidupan seharian aku. Memang sangat enjoy. Cuma yang aku nampak, ada beberapa sebab kenapa perkara ni terjadi.

1. Aku memang dah lama tak exercise macam kebiasaan aku buat berlari atas crosswalk paling-paling pun 30 minit sehari. Last aku lari atas crosswalk dalam bulan 2.
2. Bab makan, aku memang makan apa saja dan tak diet.
3. Aku kerap tidur lambat. Mengadap laptop sampai nak ke pagi tengok cerita korea lah, jepun lah, melayu lah, dan macam-macam lagi


So, kesimpulannya, aku kena berjaga-jaga sebab aku masih sayang diri aku sendiri dan orang2 sekeliling aku,.


No comments: