Followers

Wednesday, June 05, 2013

To Do Lists 2013

Salam saudara saudari cikeboom cikeboom semua..
Hari ni mood aku agak baik sedikit dari hari2 sebelumnya untuk meng-update blog
wakakaka
so, sila baca kalau sudi baca..
tak sudi, boleh terus tekan pangkah ok..
hehehe

Sebenarnya, entry ni adalah entry yang dah lama aku simpan dalam draft
cuma time dulu aku tak sempat nak post sebab aku rase macam segan nak post
but after masuk bulan 6 ni, aku ada nampak progress, baru aku benari nak post
sebab aku tak nak nampak macam angan2 kosong je..

Berikutan pada "To Do List 2013" aku ni, sebenarnya aku senarikan atas sebab2 yang aku rase sangat2 penting
Macam tahun lepas, "To Do List 2012" aku yang aku dapat buat hanya 3 je dari banyak2.
Contohnya,
1. Aku nak pergi Umrah.
2. Aku nak beli insurans.
3. Aku nak jumpa BigBang (yang ni jangan contoh)
dan senarai2 lain, aku tak dapat target

Berbalik kepada progress "To Do List 2013" aku, meh aku sambung cerita di bawah ni.


1. Bayar Balik PTPTN.
Yang ni aku memang target dari tahun lepas nak start bayar, tapi time tu aku kerja pun tak menentu lagi, so aku ON HOLD dulu.. Tiba2 dalam akhir2 tahun lepas, time PM kita bentangkan bajet 2013 dan ada menyatakan mengenai diskaun kepada mereka yang ingin membayar habis atau kepada mereka yang ingin membayar ansuran secara berskala dalam tempoh yang ditetapkan. So, selepas mengira bajet simpanan dan tabungan berskala aku,aku bayar dan Syukur..secara rasminya aku telah bebas sebagai penghutang PTPTN pada akhir bulan Januari 2013. Rasa lega sangat apabila pihak PTPTN dah mengeluarkan surat yang menyatakan aku sudah bebas hutang...Kalau orang tanya aku, jimat tak?Jawapan aku sangaaatttt jimat. Bayangkan, aku ada buat pinjaman time belajar Diploma dulu. Time tu, aku pinjam RM15k je tapi after tambah faedah, jadilah dalam RM16k++..Tapi, dengan diskaun diberikan, aku dapatlah jimat dalam RM2k-RM3k.

2. Beli Rumah/Aset
Mula2 dulu aku ingat dah kerja, aku nak beli kereta dulu. Tapi, memandangkan aku masih lagi memakai kereta iswara ibu aku dulu yang sama time aku belajar dulu, so, aku tak jadi beli. Dan lagipun, kereta bukanlah aset dimana harganya akan susut setiap tahun. Okey, ulang semula..Kereta bukan aset..Aset adalah seperti rumah atau tanah atau benda2 yang nilainya tidak akan surut dalam tempoh 2-3 or bertahun2 akan datang. Kenapa aku beli rumah???..sebab asas dan logiknya, aku nak buat harta. Memandangkan harga rumah di Melaka masih murah lagi dan tak seperti di Kuala Lumpur dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. So, selepas melihat kestrategik tempat, harga dan sebagainya, akhirnya aku beli rumah rumah Teres satu tingkat setengah. Keluasan dia= 22' x 70'. Ada 2 master bedroom dan 3 bilik kecil.  Target aku mula2 beli nakduduk situ je. Tapi after discuss ngan ibu ayah aku, diorang cakap, sewakan je pada student2 Universiti yang belajar area rumah aku. Alasan diorang, dapat aku kecikkan hutang bulanan aku kat bank nanti..ye tak ye jugakkan..Senang cakap, habis hutang PTPTN, aku tambah hutang 20 tahun kat bank untuk rumah pula..

3. Berjimba di China
Yang ni, aku tak boleh cerita lagi..tapi Insyallah, 30/6/2013 hingga 3/7/2013 aku akan pergi ke China. Backpacker je untuk 4 Hari, 3 Malam. Lokasi : Shenzen, China dan Hong Kong.

4. Tinted, Repaint Kereta
Yang ni, aku tak buat lagi..yang pasti, aku target nak tinted and repaint kereta, tapi benda lain yang aku wat dulu..aku tukar tayar kereta 2 biji dulu. Dengan alasan, 2 biji tayar depan kereta aku tu, dah memang dalam keadaan nazak..siap terkeluar dawai.so, nak tak nak, terpaksa tukar tayar dulu.

5. Menabung dan Terus Menabung
Ni memang aku buat tiap2 bulan, cuma tak ikut skala yang aku target jelah..

6.Plan nak sambung Master
bahahahaha..aku pun takut jadi omong2 kosong je. Sebab, hati aku tak bukak lagi untuk target ni.

7. Kahwin kalau dah betol2 sampai seru.
Yang ni, aku serahkan pada ALLAH swt. If ada jumpa seseorang yang sayang aku, hormati kedua2 ibu bapa dan famili aku dan mampu melayan perangai aku yang gila2 ni, aku terima je. Jodoh dan ajal maut di tangan ALLAH swt.  (salah satu to do lists 2012 yang tak tercapai.hahaha)