Followers

Hampir 3 Tahun

Dah hampir 3 tahun aku tinggalkan zaman belajar.
Serius pantas masa berlalu..
Rata- rata kawan aku sekarang, ada yang bekerja, berkahwin dan sambung belajar

Bercakap pasal sambung belajar
Sekarang ni aku adalah buat-buat rajin meng"google" dalam internet tentang bidang2 yang aku nak sambung.
Aku pun xtau kenapa dalam menjak-menjak ni, hati aku ni macam membuak-buak nak sambung belajar

Kalau ikutkan, after tamat degree dulu, adalah dapat surat tawaran dari Universiti lama aku dulu untuk melanjutkan pelajaran dalam Master of  Electrical Eng.
Tapi time tu, aku terpaksa tolak

Kalau nak ikutkan, time tu..
ibu akulah orang no satu yang menentang tindakan aku..hehehehe..
Alasan aku tolak time tu, time tu aku rasa penat nak belajar
bayangkan aku start belajar dari after SPM direct ke Diploma ke Degree
nak kira2,  adalah dalam 6 tahun

So, sekarang ni, aku rasa tetiba semangat
tetapi belum ada peluang terbuka lagi sebab bidang yang aku nak, belum buka lagi
Ada gak member2 aku tanya, aku nak sambung bidang apa,

Jawapan aku
Master of Business Administration (MBA) atau Master of Engineering Management (MEM)
Kenapa macam lari bidang lak ka????
Jawapan aku!!
1. Aku dah cukup penat dengan Electrical
2. Course tu related dengan bidang aku kerja sekarang
3. Skop MBA dan MEM besar..Nak tahu besar camner, search kat internet
4. Aku memang target nak amik bidang ni sejak zaman aku degree if memang bukan rezaki aku tuk jadi pendidik/pensyarah

So, doa2 lah mood aku ni bertahan sehingga tahun depan time pendaftaran open semula tahun depan!!



No comments: