Followers

Thursday, November 21, 2013

Epic & Classic

Haritu, mood baru balik dari negeri kelahiran aku
punggah-punggah almari gambar,
sebab nak cari gambar aku time kecil sebab tetiba rasa rindu gila-gila zaman kanak-kanak
tetiba jumpa pic kat bawah ni


Cerita di sebalik gambar ni..
Waktu ni, aku sekolah rendah maybe dalam darjah 5 or darjah 6
Waktu ni, kami lima beradik tak silap aku
adik bongsu aku, Zabir tak lahir lagi

Waktu tu, pagi-pagi sedang siap-siap nak pergi sekolah
Macam biasa, Ibu akan sediakan sarapan ke sekolah dan Ayah pun sedang bersiap-siap nak pergi bekerja selepas hantar kami masing2 ke sekolah nanti
Sebelum sarapan, Ayah suruh kami lima beradik beratur sebab nak ambil gambar 
(Hobi Ayah memeng suka amik gambar)
Kami pun relakan muka masing-masing diambilkan gambar
Walaupun waktu tu, dah lambat nak pergi sekolah

Waktu tu, memang tak rasa apa-apakan 
Tapi, bila dah besar rasa sentimental value tu ada
Teringat kami kecil-kecil besar sama-sama duduk satu rumah
Susah payah Ibu Ayah kami besarkan kami walaupun dalam keluarga hanya Ayah seorang sahaja yang bekerja
Ibu pula sambil-sambilan ambil upah jahit baju jiran-jiran dan kadang-kadang buat kuih
Penat Ibu Ayah nak besarkan kami sampai masing-masing besar dan bam-bam

Dan kesimpulannya, bila aku tengok balik gambar ni
serius rasa nak nangis, sebab zaman kanak-kanak kami sangat-sangatlah best
Sekarang ni, budak-budak dalam pic ni masing-masing dah besar
Ada yang dah berkahwin dan bergelar bapa, dan ada yang bujang
Ada seorang Guru, Chargeman, Lawyer, Engineer dan bakal seorang Doktor (insyaALLAH)..

p/s : Dalam setiap gambar, ada cerita...Rasa nak cari lagi gambar yang ada sentimental..So, kalau rajin-rajinlah bergambar..

Monday, November 11, 2013

How to Watch Korean Drama Using Android Apps - #Dramania

Lately, sindrom menonton drama korea datang balik dekat aku. Dalam satu minggu tu, memang adalah dalam 5-6 korea drama yang On-Going yang aku sedang tengok. Macam biasa, rumah aku tiada Astro Beyond, so terpaksalah aku mendapatkan source dalam dua bentuk cara. First, aku men-download terus dari sumber-sumber dipercayai dan Second, aku mem-play atau menonton secara on-line.

Hari ni, aku secara nak tunjuk pandai sikit nak tunjuk cara2 menonton secara on-line. Maybe, ramai dah tahu kegunaan apps android ni. Tapi, x salah kan aku nak merajinkan diri menulis entry ni..

Ok, sila sediakan handphone or tablet anda sekalian (yang ada android)..Yang ni, aku bagi contoh menggunakan Tablet Samsung.

1. Download apps #Dramania di Playstore/Market secara percuma.
2. After download, klik screen seperti gambar icon dibawah. (penjuru atas, kiri sekali)

3. After klik icon tu, korang akan jumpa table macam dibawah ni. 

4. Contoh bawah ni, aku pilih "Updates". After klik, korang dah boleh start memilih, boleh scoll up or scroll down. Yang ni memang up-to-date dan yang pasti, lebih pantas dari Astro beyond punya siaran.

5. Yang bawah ni, aku pilih "The Heirs". akan keluar semua episod dari yang awal hingga terkini. Boleh pilih..

6. Sebagai contoh, aku pilih episod 10. After klik episod 10, ia akan keluar screen macam bawah ni. Sampai kat sini, korang boleh pilih samada nak mem"download" or mem"play"..Just klik je..


Ok, itu sahaja. Mudahkan.

p/s : #saya.tidak.dibayar.menulis.entry.ini.oleh.android.

Wednesday, November 06, 2013

Big Bad Wolf 2013

Hi everyone especially to all of you "bookworm"
Here, the good news for you out there.

Big Bad Wolf are back!!
Please set your date and time to visit this  book sale.
Trust me, it's really cheap and worth it.

Visit this official website for more detail.

Friday, November 01, 2013

Adik Aku

Aku ada seorang adik perempuan
Nama dia Nur Afirah Hj Zainal
Dia anak ke-lima dari enam adik beradik yang totalnya ada dua laki2 dan empat perempuan
Cita-cita adik aku hendak menjadi seorang Doktor, dan Insyaallah cita-cita dia akan terlaksa jikalau tiada aral melintang dalam tempoh 3 tahun lagi
dengan tajaan biasiswa JPA, dia berada sangatlah jauh dari kami sekeluarga semua

Apa tujuan saya tulis entry ini???
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Esok 2/11/2013 bersamaan ulangtahun kelahiran adik saya ke 20 tahun
Masuk tahun ni, dah 3 tahun, dia sambut ulang tahun kelahiran di perantauan
Walaupun jarak kita sangat jauh, aku ingat ko
Dan paling sedih, perubahan cuaca tempat kita
waktu Malaysia siang, ko malam
dan bila Malaysia malam, ko siang
So, time ko nak skype memang aku tak rajin nak layan kecuali Ibu dan Ayah
Nasib baik teknologi lain banyak macam Whatsapp lah, Viber lah, WeChat lah
So, rindu tu kurang lah kot...**poyo!!**

Terima kasih waktu cuti haritu ko jadi maid aku sampai berat aku naik 5-6kg
dan buatkan aku terpaksa turunkan semula
Terima kasih jadi tukang dengar cerita hyper ambitious aku
dan
Selamat Hari Lahir ke-20 Fira
Semoga cita2 kau tercapai untuk menjadi Pakar Obstetrik dan Ginekologi dalam tempoh 10 tahun akan datang
dan sila jaga kesihatan ko dekat sana sebab dengarnya cuaca sana dah nak masuk musim sejuk
Dan Insyaallah, aku datang lawat ko tahun depan bulan March
Sila jemput aku dekat Airport..**ini, kalau aku takde plan**


Hi November!!


Dear November,
Please be nice to me!!