Followers

Thursday, November 21, 2013

Epic & Classic

Haritu, mood baru balik dari negeri kelahiran aku
punggah-punggah almari gambar,
sebab nak cari gambar aku time kecil sebab tetiba rasa rindu gila-gila zaman kanak-kanak
tetiba jumpa pic kat bawah ni


Cerita di sebalik gambar ni..
Waktu ni, aku sekolah rendah maybe dalam darjah 5 or darjah 6
Waktu ni, kami lima beradik tak silap aku
adik bongsu aku, Zabir tak lahir lagi

Waktu tu, pagi-pagi sedang siap-siap nak pergi sekolah
Macam biasa, Ibu akan sediakan sarapan ke sekolah dan Ayah pun sedang bersiap-siap nak pergi bekerja selepas hantar kami masing2 ke sekolah nanti
Sebelum sarapan, Ayah suruh kami lima beradik beratur sebab nak ambil gambar 
(Hobi Ayah memeng suka amik gambar)
Kami pun relakan muka masing-masing diambilkan gambar
Walaupun waktu tu, dah lambat nak pergi sekolah

Waktu tu, memang tak rasa apa-apakan 
Tapi, bila dah besar rasa sentimental value tu ada
Teringat kami kecil-kecil besar sama-sama duduk satu rumah
Susah payah Ibu Ayah kami besarkan kami walaupun dalam keluarga hanya Ayah seorang sahaja yang bekerja
Ibu pula sambil-sambilan ambil upah jahit baju jiran-jiran dan kadang-kadang buat kuih
Penat Ibu Ayah nak besarkan kami sampai masing-masing besar dan bam-bam

Dan kesimpulannya, bila aku tengok balik gambar ni
serius rasa nak nangis, sebab zaman kanak-kanak kami sangat-sangatlah best
Sekarang ni, budak-budak dalam pic ni masing-masing dah besar
Ada yang dah berkahwin dan bergelar bapa, dan ada yang bujang
Ada seorang Guru, Chargeman, Lawyer, Engineer dan bakal seorang Doktor (insyaALLAH)..

p/s : Dalam setiap gambar, ada cerita...Rasa nak cari lagi gambar yang ada sentimental..So, kalau rajin-rajinlah bergambar..

No comments: