Followers

Thursday, June 11, 2015

Jodoh

Yup..Umur aku tak lama lagi dah nak menginjak 28 tahun.
Soalan feveret yang aku selalu ditanya orang untuk aku adalah  
"Bila nak Kahwin?"
Tiap-tiap kali orang tanya soalan ni even keluarga (kecuali ibu ayah dan adik beradik) aku sendiri, aku sendiri pun tiada jawapan yang spesifik.
Apa yang lebih-lebih mengharukan, bila jumpa kawan lama, inilah soalan feveret.

Jangan lah cakap, kalau-kalau tengok diorang dah beristeri/bersuami dan dapat-dapat lagi sudah ada cahaya mata.
Seriously, aku tumpang gembira
Mereka gembira, aku pun gembira
Tiada sekelumit pun perasaan cemburu
sebab, bekeluarga tu ada rezeki mereka
Ada anak lagilah rezeki mereka bertambah murah 

Btw, mungkin rezeki aku untuk bersuami tu belum lagi
But, Alhamdullillah rezeki aku di tempat lain ada
tiada yang menyusahkan dan membebankan
Dan aku percaya, jodoh itu rahsia Allah swt
Aku sendiri pun tak tahu bila masanya, sebab ia adalah rahsia Allah swt
lambat or cepat, terima seadanya
Dan tetiba aku teringat pesan kawan baik aku sendiri

http://www.brides.com/images/2011_brideslocal/SS11/nat-local-wedding-bouquets/large/local-wedding-flower-bouquet-ideas-004.jpg

"Kahwin lah bila kita bersedia untuk berkahwin dan terima tanggungjawab. Dan janganlah kita nak kahwin sebab kita takut sebab kita belum berkahwin"

Wednesday, February 25, 2015

BuKu Merah itu adalah International Passport

Adalah satu impian atau cita-cita kecil  diri aku bila aku mula bekerja iaitu untuk pergi melancong ke luar negara. 
Jangan ketawakan aku bila aku cakap, aku tak pernah naik flight seingat akulah ketika belajar (rasanya lah kot~~?)..
Bila dah mula bekerja, dah pandai tabung duit gaji, mulalah tangan gatal search tiket-tiket flight murah hehehe (",)..
Alhamdulillah, makbul juga cita-cita kecil aku tu..
Walaupun, negara-negara yang aku pergi setakat ni tak banyak, tapi puaslah juga hati nak tengok negara orang.
Buat masa ni, target aku hendak ke negara Asia dulu.

WHY ASIA!!??
Sebab kebanyakkan kos hidup di negara ini still reasonable
So, tak perlulah nak ikat perut sangat kalau teragak-agak nak pergi melancong tu dalam masa terdekat
Kalau nak membeli-belah, boleh lah rasa heaven sikit sebab adakalanya lebih murah di Malaysia samada barang tu original atau tiruan


 TRAVEL AGENCY or BACKPACKER?
Setakat ini, boleh dikatakan semua jenis percutian aku adalah jenis backpacker.
Antara kelebihan backpacker ni adalah lebih jimat serta murah, senang bergerak dan lebih menyeronokkan sebab adventure explore negara orang dengan berbekalkan maps je (hehehe..).
Tapi, yang paling penting panduan untuk orang yang nak backpacker, 
syarat utama kenalah sediakan itenary perjalanan yang lengkap, stok makanan halal sentiasa ada (aku prefer roti atau biskut dan milo kotak, mee segera memang aku pangkah awal2 sebab aku tak minat mee segera), tempat penginapan (aku prefer guest house or hotel bajet), arah kiblat dan waktu solat (bergantung waktu semasa dan lokasi), dan stamina (sebab akan banyak berjalan)
 Dan satu lagi kalau nak backpacker, kenalah ada geng bersama yang sekepala
Dah namapun pergi backpacker, tapi semua benda nak selesa je tak boleh jugakan
Ataupun, kawan korang tu lambat lah dan pentingkan diri sendir, pun x boleh jugakan
Tapi sepanjang pengalaman aku, tiada lagi kes macam ni lagi
KALAU ADA!!?,
say hi hi this time and bye bye for next time lah.


 

Friday, January 02, 2015