Followers

Thursday, June 11, 2015

Jodoh

Yup..Umur aku tak lama lagi dah nak menginjak 28 tahun.
Soalan feveret yang aku selalu ditanya orang untuk aku adalah  
"Bila nak Kahwin?"
Tiap-tiap kali orang tanya soalan ni even keluarga (kecuali ibu ayah dan adik beradik) aku sendiri, aku sendiri pun tiada jawapan yang spesifik.
Apa yang lebih-lebih mengharukan, bila jumpa kawan lama, inilah soalan feveret.

Jangan lah cakap, kalau-kalau tengok diorang dah beristeri/bersuami dan dapat-dapat lagi sudah ada cahaya mata.
Seriously, aku tumpang gembira
Mereka gembira, aku pun gembira
Tiada sekelumit pun perasaan cemburu
sebab, bekeluarga tu ada rezeki mereka
Ada anak lagilah rezeki mereka bertambah murah 

Btw, mungkin rezeki aku untuk bersuami tu belum lagi
But, Alhamdullillah rezeki aku di tempat lain ada
tiada yang menyusahkan dan membebankan
Dan aku percaya, jodoh itu rahsia Allah swt
Aku sendiri pun tak tahu bila masanya, sebab ia adalah rahsia Allah swt
lambat or cepat, terima seadanya
Dan tetiba aku teringat pesan kawan baik aku sendiri

http://www.brides.com/images/2011_brideslocal/SS11/nat-local-wedding-bouquets/large/local-wedding-flower-bouquet-ideas-004.jpg

"Kahwin lah bila kita bersedia untuk berkahwin dan terima tanggungjawab. Dan janganlah kita nak kahwin sebab kita takut sebab kita belum berkahwin"

No comments: