Followers

Assalamualaikum 2016 !!!

http://happy-creative.co.uk/ready-for-2016/

Assalamualaikum 2016 !!!
Harini sudah masuk 25 Januari 2016 dan barulah aku beria nak update blog buat pertama kalinya buat tahun 2016.
Macam biasa, aku selalu meletakkan harapan-harapan indah dan kadang-kadang palsu untuk diri aku pada tiap awal tahun.
hahahaha..
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di blog ni.
Untuk 2016 ni, aku cuma mahu tumpukan pada 4K
iaitu :-

 Keluarga & Kawan
Macam biasa, aku suka luangkan masa aku dengan family aku sendiri. Untuk pegi bercuti, bershopping, makan, beriadah dan lain-lain semua aku lakukan dengan keluarga. Cuma tahun ni aku harapkan, aku banyak berikan perhatian kepada mereka. Terutama kepada kedua ibu dan ayah aku dan adik lelaki aku nak SPM hujung taun ni. 
Bercakap mengenai kawan, aku akui sejak graduate, ramai kawan aku jarang contact. Alasan kukuh aku boleh berikan, ramai antara kawan-kawan aku dah berumah tangga dan duduk berjauhan/luar dari negeri Melaka. So, aku memang taknak kacau mereka. Sebab mereka pun ada benda nak pikirkan macam kerja, suami, anak, mertua, keluarga dan ipar memasing. So better ak senyapkan diri je. 
Oleh sebab itu, aku memang tak ramai kawan. Apa yang aku buat, still contact mana yang masih boleh dicontact. Mana kawan yang betol-betol aku rapat, aku akan pastikan still keep in touch dengan diorang.  Dengan harapan, dapat mengeratkan silaturahim.

Kerjaya
Aku inginkan kerjaya aku makin berjaya dan meningkat dari tahun sebelum-sebelum ini. Moga-mogaan, rezeki aku dan rakan-rakan kerja yang lain makin melimpah ruah dan diberkati walaupun berlaku kemerosotan ekonomi.

Kewangan
Tahun ni, aku banyak melakukan angan-angan minah jenin. Aku suka google tentang negara itu, negara ini, negara sekalian dan etc. Dan paling best, aku suka bertanya/email agensi-agensi perlancongan yang ada untuk bertanya dan meminta itenary mereka sebagai simpanan. Kenapa? Sebab aku suka melancong tapi masih lagi berfikiran waras, mata wang Malaysia sedang jatuh impak dari kejatuhan harga crude oil dunia. So apa yang aku boleh buat, aku hanya simpan duit-duit tersebut untuk hari akan datang. Mana tahu, duit simpanan tahun ni, boleh digunakan untuk melancong pada masa akan datang bila Ringgit Malaysia kembali stabil.

Kesihatan
Mengenai kesihatan ni, aku memang berharap aku mampu dan berjaya dalam bertungkus lumus untuk diri aku sendiri ni 
Actually, kesedaran untuk kesihatan ni dah lama ada. Cuma tahun lepas, bermula bulan Jun 2015, aku mulakan dengan Fun Run 5km. Balik dari fun run tu, badan aku sakit-sakit selama seminggu. 
Bermula lah dari tu, aku start google mengenai program fitness yang ada dekat Melaka. Then, baru lah jumpa beberapa program dan mendaftar masuk. Alhamdulilllah, dengan program-program tersebut aku berjaya menurunkan 10kg dari berat badan aku. Memang agak lambat process penurunannya sebab aku buat dirty exercise tetapi eat clean aku abaikan. 
So tahun ni, aku sangat-sangat berharapkan aku boleh balancekan proses penurunan berat badan ni.
"Eat Clean & Dirty Exercise".

DAn paling utama sekali, moga-moga tahun ini dengan sejajarnya penambahan usia aku, aku berharap amal, ibadah, ilmu dan pahala aku bertambah sebagai bekalan akhirat aku nanti.
Amin..



nanabdkbaik

1 comment:

Yun Sing said...

Semoga impian-impian akan tercapai walaupun angan-angan tetapi, mana tahu kan.. hehe.. ;)