Followers

Ice Age

Hollaa...
Nak dijadikan cerita, last week screen lcd laptop aku pecah, terpaksalah aku bawa ke kedai computer untuk mengeluarkan dan menyelamatkan segala isi khazanah dalam tu dengan menjadikan external hardisk. 
Sebab laptop tu adalah 2nd laptop aku guna after 1st laptop aku dari zaman diploma kena curi dulu.
Nak cakap lama aku guna 2nd laptop ni, adalah sejak zaman tahun ke 2 zaman aku belajar degree dulu. 

Secara jujurnya, sejak tamat belajar dulu, laptop ni aku gunakan untuk mendownload dan menonton drama je.
Untuk urusan kerja, aku ada personal PC komputer aku sendiri kat rumah (back to basic!!). 
Sebab selalu pergi bercuti atau outstation bawa kerja guna tablet je (tiada kerja mengangkut PC..joking!!).
 
Berbalik pada external hardisk tu.
Aku pun godek-godek tengok apa yang ada dalam hardisk aku tu
Sebab pada niat asalnya aku nak menyelamatkan series variety show Running Man dari episod pertama sampai latest (tiada back-up) dan beberapa korean drama.

Sekali godek punya godek, aku jumpalah kenangan-kenangan lama aku dulu
1. Ada gambar famili yang tak pernah dicuci sejak kamera kodak tak digunakan lagi dan gambar aku dengan kawan-kawan sama belajar dulu
2. Notes time belajar  dan FYP,
3.   Video-video k-pop yang aku layan time ulangkaji dulu macam Big Bang, 2NE1, 2pm, 2am, SNSD, Beast, Shinee, Super Junior, FT-Island, CNBLUE dan lain-lain lagi (still minat kpop till now!!), 
4. Resume untuk minta kerja - ni pernah jadi musim untuk diri aku meng-edit dan mem-submit untuk minta kerja after tamat belajar
5. Installer games dan games
6. dan lain-lain (,")..
kebanyakkan kenangan zaman belajar dulu 

Dan itu yang membuatkan aku nak post harini, 
Laptop tu dulu pernah membuat aku gila membuat entry di blog.
Walaupun aku tahu, Blog aku ni hambar tiada pembaca, tapi pernah satu ketika dulu aku rajin menulis entry dengan bertujuan untuk menjadikan kenangan aku pada masa akan datang.
So, now...Aku sedang membaca nostalgia aku sendiri di sini..
Sekian....







No comments: