Followers

Monday, January 23, 2017

Welcome 2017 !!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera cikeboom cikeboom sekalian..
Okey, memandangkan harini 23/1/2017 dan masih lagi di bulan January 2017, rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Happy New Year..

Kalau untuk diceritakan mengenai tahun 2016 aku, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
Diri aku, keluarga aku, kerjaya aku, dan kenalan-kenalan aku semuaya okey2 sahaja.
Tiada yang terlalu bagus dan tiada yang terlalu teruk.
dan aku sentiasa akan bersyukur atas kurniaan Allah swt..
Alhamdulillah...

Sekadar untuk recap 2016, ni yang aku boleh senaraikan seingat-daya aku lah

1. New Year 2016 aku starting dengan agak kelam sedikit. Ayah aku warded selepas sehari pulang dari Umrah atas sebab demam dan jangkitan kuman. Sebenarnya ayah aku warded di hujung tahun 2015 dan drag 15 hari (sehingga termasuk awal tahun 2016). Tu yang kami sambut New Year 2016 kat hospital teman Ayah. Nampak lah bunga api kebaboom semua dari tingkap ward. After discharge, kesihatan Ayah aku stabil sehingga harini.
Alhamdulillah..
Doakan kesejahteraan, kesihatan, keharmonian  dan keberkatan ibu ayah aku dan kami sekeluarga di bawah redha Allah swt.
In Shaa Allah..

2. Citer adik-beradik aku. Along & Angah bahagia dengan keluarga masing-masing. Tiada pertambahan anak buah baru. Masih lagi mempunyai anak buah 4 orang laki-laki yang comel dan lasak..hehehehe..

Kakak aku, Azah buat keputusan untuk resign sebagai Lawyer di Law Firm orang lain. But, dia still meneruskan kerjaya dia sebagai Lawyer dengan membuka law firm sendiri berdekatan dengan rumah ibu ayah kami. Katanya, mudah dan senang nak berulang-alik dari rumah ke pejabat..
Alhamdulillah, rezeki dia ada di tempat baru dan tidak putus-putus.

Adik perempuan aku, Afirah tahun lepas berada di Tahun 5. dan In Shaa Allah 2017 merupakan tahun terakhir dia menuntut ilmu di Egypt (Tahun 6). Kalau diikutkan, dia akan grad pada February 2018.
Semoga dipermudahkan urusan dia untuk menjadi seorang Doktor.

Dan Akhir sekali, adik bongsu aku, Zabir baru je tamat peperiksaan SPM. Sementara tunggu result spm ni, dia buatlah kerja part-time. Katanya nak beli motor baru. katanya lah..
Di samping tu, dia amiklah lesen memandu kereta & motor.

3. Kebetulan tahun 2016, office aku dah berpindah ke kawasan yang lebih besar dan selesa. In Sha Allah moga murah rezeki kami se-pejabat di sini dan akan lebih berusaha pada  masa kini dan akan datang lagi dan lagi. 
Bercakap pasal kerja, di awal tahun 2016, aku terpaksa bertungkus lumus dan memeningkan otak untuk one big project di Bintulu, Sarawak dan di akhir tahun 2016, aku dipeningkan lagi dengan satu project di Labuan, Sabah. Alhamdulillah semua selesai as schedule.
Tak dinafikan, kerja di bidang Oil & Gas ni ada pro & contra -nya dia ambang kejatuhan harga minyak dunia. Tetapi, Alhamdulillah, rezeki Allah swt itu ada dan aku bersyukur atas rezeki yang tidak putus-putus.
Dan satu lagi citer best, company kami dapat best award  untuk achievement "Best Performance 2016"..hehehe...
  
4. 2016 amat berbaza dengan tahun 2015 aku dari segi penjagaan kesihatan. Tahun 2015, aku lebih kepada eat clean, join fitness class dan paling penting aku banyak join aktiviti fun run.
Berbeza dengan tahun 2016. Tahun 2016 aku adalah tahun "MALAS" aku. Aku tak join langsung any fitness program, tak buat aktiviti riadah dan paling tak best, aku amat-amat jarang join running event. Sebab ramai geng running aku berehat. So, tinggallah aku terkontang-kanting. So, terpaksalah aku join "virtual run" semata-mata kerana medal.
Kesimpulannya, 2015 aku weight loss 15kg, tapi 2016 adalah tahun aku gain weight 15-20kg. Nak nangisss sebab salah diri sendiri mengabaikan diri.
Doakan aku terus istiqamah dalam weight loss journey aku untuk 2017.

5. 2016, juga aku ada start berniaga secara online. So far, okey..
Bersemangat nak buat kertas kerja untuk bisnes baru..hehehe..
Tunggu aku habis menuntut ilmu ye..

6. Aku ada join kelas menjahit. Malangnya, kelas tu tak tamat lagi. Dan aku pun malas nak habiskan kelas tu. Kelemahan aku bak cakap cikgu menjahit aku, aku amat pantas nak lukis pola dan potong kain. Tapi bab sambung kain, aku gagalll segagal gagalnyaa sebab perkataan jemu dan penat asik buka benang tu dah wujud dalam kamus aku.
Doakan aku terus istiqamah dan konvo dengan gayanya.cheeewaaahh..hahahaha
 
7. TBC...

So, hopefully, 2017 adalah tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
Amin..



No comments: