Followers

Cara Aku Menyelesaikan Hutang Pinjaman PTPTN (Full Settlement) !!

Actually aku ada buat full loan dengan PTPTN semasa belajar diploma dulu berbanyak RM15,000.00 dari tempoh (mid 2005 - mid2008). Dan Alhamdulillah, pada January 2013, aku berjaya melangsaikan segala hutang tu.



Cerita dia simple je. Actually, aku gunakan duit saving aku untuk melangsaikan hutang aku.

..Diploma..
 Caranya, sewaktu diploma dulu (2005-2008), boleh dikatakan untuk tempoh 6 semester, purata untuk saving aku untuk setiap semester adalah RM600.
So, aku saving untuk tempoh ni : RM600 x 6 = 3,600.00

Boleh dikatakan, sepanjang aku belajar aku tak pernah minta duit dari ibu ayah aku. 
Sebab, Alhamdulillah semua tu cukup. Termasuklah makan pakai tambang bas balik kampung tiap 3minggu sekali semua ok. 

Dan satu lagi tips kenapa aku dapat saving banyak tu? 
First, aku ada account bank lain waktu tu (CIMB). Duit PTPTN aku masuk dekat Bank Muamalat.
Bila dapat je duit PTPTN, bank akan auto-debit account untuk yuran Universiti. So, yang tinggal adalah amount bersih untuk perbelanjaan. Dapat je duit PTPTN tu, aku akan siap-siap ketepikan dalam RM1,000 ke account CIMB. Memang saving untuk permulaan agak kasar, Tapi ini akan juga boleh dianggap sebagai tabung emergency kita nanti. Selalunya, aku akan korek semula account ni bila hujung-hujung semestar (time sesak) dan awal-awal semestar yang berikutnya (sementara menungu duit PTPTN masuk untuk semestar baru).

dan Second, Salah satu sebabnya adalah sepanjang zaman diploma, boleh dikatakan aku macam agak skema sikit. Wayang, bowling, restoran fast food (McD, KFC & etc) dan karaoke tu memang sinonim dengan life student. Aku tak tipu, sebab aku terjebak juga. 
Tapi, Alhamdulillah, aku pandai bawa diri...hehehe..

..Sarjana Muda..
Untuk tempoh sarjana muda pula (mid 2018 -2010), boleh dikatakan untuk tempoh 5 semester, purata untuk saving aku untuk setiap semester adalah RM1,000.
So, aku saving untuk tempoh ni : RM1,000 x 5 = 5,000.00

Beza untuk tempoh ni, aku dapat tajaan biasiswa JPA. Sepatutnya, aku boleh saving lebih banyak darini. Tapi time tu, aku bawa kereta. So, perbelanjaan aku bertambah sedikit. Tapi yang membuatkan pertambahan banyak
, aku kerap makan di luar asrama. Then, aku suka tengok wayang, bowling dan
Dan satu lagi, aku buka account ASB waktu tu. Semua simpanan aku di CIMB, aku pindahkan ke Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Waktu tulah aku baru baru tahu mengenai bonus dividen.

Disamping ni juga, aku ada buka account  Tabung Haji (TH). Tetapi simpanan TH aku waktu ni adalah pindahan dari simpanan dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Actually simpanan BSN aku dahulu adalah daripada hasil simpanan duit raya dari kecil, duit tabung dan etc. Amount sebenar waktu tu aku tak ingat. Sebab tu kiranya duit tabung kecil-kecil.

..Bekerja..
August 2011 adalah tahun pertama kalinya aku bekerja. First gaji aku takdelah besar mana. Seingat aku, first gaji aku, aku kongsi duit dengan kakak aku Azah beli mesin basuh untuk rumah ibu ayah aku secara cash RM1,600 (half dari tu RM800 je). Then, after tolak gitu gini termasuk duit ibu ayah (terharu beb dapat gaji 1st gaji dekat ibu ayah aku), minyak kereta, makan dan etc, dapatlah aku simpan dalam sikit-sikit sebulan.
Time kerja ni, aku keluarkan semua simpanan ASB aku dan pindahkan ke account TH. Kiranya, aku cuma ada satu sahaja simpanan tetap.

Macam biasa lah after kerja, kita ada keinginan nak beli kereta, melancong ke luar negara, nak beli telefon bimbit canggih dan nak bershopping sakan. Memang aku sendiri tak tipu. Time ni pun aku hampir-hampir terjebak. Tapi tak tahulah mana datang naluri tu suruh aku berjimat cermat.
Aku batalkan niat tu semua. Apa yang aku buat waktu tu, aku set target dalam diri ak.
Aku tahankan diri menyimpan duit dari memewahkan diri dengan berbelanja yang bukan-bukan.
Tapi ingat, aku takdelah terlampau taksub menyimpan sampai tiada masa untuk memanjakan diri. Sebenarnya ada, tapi aku buat simpanan jangka masa pendek.
Contoh, tetiba aku rasa nak beli jam mahal lah. So, aku akan wat tabung emergency khas untuk beli benda tu.

Kebiasaannya, aku akan ketepikan 1/3 daripada duit gaji untuk saving selepas beberapa hari duit gaji masuk. Memang nampak kasar simpanan aku. Satu lagi, kebiasaanya jikalau ada keperluan yang lain yang memaksakan aku keluar dari saving, aku keluarkan je. Taknak pening-pening. Sebab apa gunanya saving tu kan. 

Alhamdulillah, after dengan simpanan yang berterusan. Awal January 2013, aku dapat menyeselaikan segala hutang PTPTN. Dan kebetulan pada tahun aku menyelesaikan hutang aku tu, ada potongan diskaun 20% jikalau menyelasaikan secara lump-sim. So, aku kira aku dapat advantage kat situ.

..Kesimpulanya..
Kesimpulan dari entry yang aku tulis ni bukanlah nak menunjuk aku dah habis bayar PTPTN. Actually, ni boleh dijadikan panduan kat mereka-mereka..

To adik-adik yang sedang belajar di IPTA/S. Duit PTPTN yang diberikan oleh goverment tu adalah untuk keperluan belajar. Bukan untuk bersuka ria. Kepada lelaki, kalau boleh jangan merokok. Kepada perempuan, kurangkan membeli-belah. Dapat-dapat sekarang teknologi. Jangan terlampau kejar kepada jenama canggih. Tak salah nak beli handphone canggih. Tapi ikut kemampuan. Satu lagi, if kamu rasa PTPTN itu membebankan. Ada cara lain.Belajar sungguh-sungguh dan aim sehingga dapat biasiswa. Tak perlu nak pening-pening nanti nak bayar hutang.
Saya tak kata, kamu tak boleh enjoy langsug. Bagi saya, as long kita tahu tanggungjawab kita sebagai student. Tidak menjadi masalah. Sebab, saya pun pernah jadi student. Tetapi saya ada je masa nak berhibur dan enjoy dengan rakan-rakan yang lain. Paling penting, life saya semasa menjadi stundent tu enjoy & peaceful.

To kamu-kamu yang baru nak bekerja. Please rancang kewangan anda. Saya tak kata, anda wajib bayar lump-sum. Bayar bulanan sikit-sikit pun boleh, Sebab saya tahu, ada yang akan mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar. Takpe, utamakan mana yang utama. Insyaallah nanti dipermudahkan.
Lagi satu, bila dah bekerja. Dahulukan ibu ayah dan ahli keluarga kita dahulu. Sebab, Insyaallah rezeki kita akan dipermudahkan.

Dan akhir sekali, mungkin-mungkin akan ada segelintir yang berkata

"Bolehlah, kau tak kawen lagi"
"Bolehlah, kau kerja dekat satu negeri dengan rumah orang tua kau"
"Bolehlah cakap, kau takde tanggungjawab"

Tu yang aku cakap, ini cara aku. Cara kamu mungkin berlainan kan.
Erti kata lain, niat kita mungkin sama.

Sekian..
Amin dan semoga dipermudahkan