Followers

Lelaki & Perempuan

Dulu aku benci dengar lagu Yuna - Lelaki. Tapi sekarang, baru aku faham apa maksud yang nak disampaikan Yuna.
Tetapi bukanlah aku ingin menuduh semua lelaki tak guna.
Hanya beberapa sahaja yang tidak berguna ibarat nila setitik rosak susu sebelangga
Aku masih bersyukur yang aku masih lagi dikelilinggi oleh lelaki yang berguna.
Alhamdulillah, Ayah , abang , adik lelaki dan abang ipar aku masih lagi dikategori lelaki berguna dan aku hormati

Sebenarnya aku berada di tahap kemurungan sedikit.
Walaupun ia bukan terkena pada diri aku, tapi sedikit sebanyak ia mempengaruhi aku.
Melihat beberapa rakan kenalan wanita rapatku mengalami masalah kejatuhan rumah tangga mereka. 
Ada yang sudah mengambil keputusan berpisah dan ada lagi yang masih lagi mencuba pertahankan lagi rumah tangga mereka demi anak-anak.
Ada antara mereka megalami masalah kecurangan si suami dan tidak bertanggungjawab.
Ada yang sanggup menanggung pahitnya derita mereka daripada bakal menanggung malu bergelar janda atau ibu tunggal.
 
Mungkin aku tak layak untuk mengulas panjang mengenai isu ini sebab aku belum lagi berumah tangga. Tetapi aku sedih bila mereka-mereka ini adalah kenalan rapatku. 
Aku hanya mampu mendoakan untuk segalanya dipermudahkan dan diakhiri dengan kegembiraan.

Buat Sahabatku
Wake up, this is not the end of the world.
Perkara celaka memang akan selalu berlaku.
So katakan pergi mampus dan move on saja.

aNd

Buat Si Suami Sahabatku
Please stop being "Lelaki Tak Guna"

aNd Too

Untuk "perosak" rumahtangga Sahabatku
 Puas hati dan banggakah anda?
....................................................................

No comments: