Followers

Tuesday, November 16, 2021

Free & Easy

Di usia 34 tahun ni, aku dapat rasakan punya kehidupan harian yang tenang2, je pun dah memadai.
Tak perlu berlebih-lebih.
Mungkin faktor usia .

Dulu aku selalu letak target dalam diri aku.
Sebelum umur 24-26, aku perlu kahwin. Kalau tak kahwin aku harus ada Plan B.
dan begitulah seterusnya 
After Arwah Ayah aku meninggal, banyak yang aku belajar.
Allah swt ambil seorang yang aku sangat sayang, tapi banyak yang aku pelajari.
Apa yang aku rancang, semua berubah.
Sebab kita tahu, sebaik2 kita rancang, Allah swt penentu.

Aku percaya rezeki itu bukan bermakna apa yang kita nak, itu yang kita dapat. Tapi ia adalah kita menerima apa Allah swt dah tentukan untuk kita.
Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur.
Dapat2 lagi aku seorang peniaga, ada pasang surutnya, pahit manis nya.
Dan percaya bahawa tiap masalah ada penyelesaiannya.
So, Ibu, Keluarga, ketenangan, kesihatan lah keutamaan aku sekarang.
Dan berharap pengakhiran aku di dunia ini biarlah dalam keadaan yang baik.
Amin & InshaAllah

Side Note:
Sekarang ni, aku dah start hobi baru. Balik kerja, bercucuk tanam. Seriously, stress kerja hilang.
Ada masa, hujung minggu pacak khemah tepi laut, tengok laut pun aku dah rasa happy.



 

Resepi Ibu - K.u.i.h B.a.k.a.r B.i.j.a.n

Simpan sini sebelum aku hilangkan resepi ni.

Resepi Untuk Satu Adunan
......................................................
Bahan-Bahan :-
Gula - 800g
Tepung Gandum - 1kg
Santan Kara + Air Putih - 800g + 200g
Air pandan + Air Putih - 500g + 500g
Telur Grade A - 12biji
Minyak Sapi - 3 sudu
Pandan Paste - 2 sudu kecil
Perwarna Hijau - 1 sudu kecil
Bijan - disangai
Garam - 2 sudu / secukup rasa

Cara-Cara penyediaan:-
1. Masak Santan+Air, Minyak Sapi, Gula dan sedikit Garam - sampai naik wap, sejukkan dan tapis.
2. Air Pandan+Air, Tepung Gandum, Telur - blender dan tapis
3. Campurkan 1 dan 2
4. Tambah Perisa Pandan dan Pewarna Hijau
5. Panaskan acuan dgn minyak dan sedikit minyak sapi suhu 180 atas dan bawah
6. Selepas panaskan acuan, masukkan bahan. Suhu 100/150. 90 minit.






Thursday, August 19, 2021

Al-Fatihah

20.07.2018 

Aku kehilangan Ayah tercinta, Hj Zainal bin Hj Ali
Walaupun banyak tahun dah berlalu. Tapi, perasaan rindu berpanjangan tu tak pernah hilang. 
Terlalu banyak kenangan yang arwah tinggalkan untuk aku dan juga ahli keluarga yang lain.
Alang-alang aku nak berkongsi beberapa perkara yang aku rasa aku patut aku kenangkan untuk dijadikan pengajaran dalam hidup aku untuk hari ini dan akan datang. Supaya aku tak lupa pada masa akan datang.
InshaAllah

1. Menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab.
Mencari nafkah kepada keluarga, menjadi imam solat kepada Ibu dan kami adik beradik, Tak kira solat fardu dan solat tarawikh.

2. Mencari ilmu dunia akhirat sepanjang waktu
Ayah sejenis rajin membaca. Ayah juga di awal-awal usia dah mula berguru dengan ustaz untuk mendalami Al-Quran dan ilmu Fardu Ain di surau/masjid. Ditakdirkan di pertengahan 50an Ayah mengalami masalah kesihatan yang membuatkan Ayah tak boleh pergi ke surau/masjid. Dimana kebiasaan di usia 50an lah bila baru pencen, kita baru sibuk nak ke surau/masjid (pengajaran untuk aku). Selain itu, teknologi pun dah mula canggih, banyak siaran-siaran ilmiah di TV dan video-video di internet. Makanya, Ayah dapat menimba ilmu tambahan ari rumah.

3. Memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna
Ayah aku belajar sehingga SPM sahaja After SPM, Arwah Ayah bekerja di TUDM. Makanya, Ayah akan jadikan dirinya sendiri sebagai benchmark kepada anak-anak. "Korang kena belajar lebih tinggi dari Ayah". Makanya, dia akan pastikan kami belajar lagi tinggi dari tahap pendidikan dia.
Setiap hari Ayah akan memastikan kami menyiapkan kerja sekolah kami. Mengajar kami. Antara subjek feveret wajib yang akan Ayah ajar, Matematik dan bahasa English. Selain tu juga, Ayah akan menyokong minat kami. Nak belajar course apa, universiti apa Ayah tak pernah halang. dia akan menyokong kami.

4. Sedekah dan berkongi kegembiraan
Ayah selalu pesan pada aku dan family, kalau nak sedekah bukan nak tunggu kita kaya. Nak harapkan orang puji kita bagai. Tapi bersedekahlah sentiasa walaupun kecil asalkan niat hati kita ikhlas. Mungkin dengan sedekah kita, dapat memberi kegembiraan dan manfaat pada penerima.

5. Menghormati Ibu Bapa, Orang Tua, Keluarga, Rakan-Rakan dan Semua 
Yang ni aku salute, Ayah aku sejenis disenangi orang-orang sekelilingnya. Sebabnya Ayah memang seorang yang sangat-sangat menghormati orang yang lebih tua.

7. Banyakkan meluangkan masa dengan family.
Ayah ni seorang businessman selepas pencen TUDM. Memamg busy seingat aku sebab mencari nafkah untuk keluarga. Tapi Ayah tak pernah miss meluangkan masa dengan kami sekeluarga. Even aku duduk belajar Batu Pahat, Johor tu. Satu sem berapa kali Ayah akan datang. Belum kira lagi, Ayah akan sentiasa curi masa bawa kita bercuti walaupun dalam negeri. 

8. Menyayangi haiwan
Rumah aku sebenarnya tak pernah bela kucing. Tapi Ayah aku suka membeli makanan kucing. Tiap-tiap hari, before Ayah buat fisio, kucing aku tunggu Ayah aku bagi makanan, Bayangkan, kucing-kucing tu punya manja. Bukan tu je, walaupun di tempat kerja, Ayah akan lakukan perkara yang sama. Memberi makan pada kucing liar.

TBC...

Akan aku kongsikan lagi jikalau aku diberikan kesempatan bercerita. Moga aku memanfaatkan .

Mohon kesudian yang membaca entry ni dapat mendoakan kesejahteraan ke atas roh arwah Ayah saya. Dilapang dand diterangilah kuburnya, dijauhkan daripada seksaan kubur dan api neraka dan ditempatkan syurga di kalangan orang-orang beriman. Amin

Al Fatihah

Monday, November 02, 2020

33

Alhamdulillah sudah sampai di usia ini walaupun di kategori BMI Obese Class III.
Sepanjang usia ini, aku bersyukur ke atas ke segala pemberian Allah swt.
Sesungguhnya, kelebihan itu datang dari-Nya dan kekurangan itu datangnya dari aku sendiri.

Moga atas lanjutan usia ini, moga Ibadah dan iman aku bertambah kepada-Nya.
Moga aku tinggalkan leka duniawi ni dan teruskan dan istiqamah mengejar akhirat.
Doakan aku. 

InshaAllah


Friday, May 22, 2020

Retired

Pernah tak korang rasa ketika kerjaya ko sedang memuncak, tapi ko dah fikirkan sudahnya masanya untuk ko bersara?

Yes, aku pernah mengalaminya.
Sebenarnya itu adalah bisikan halus yang mendorong ko ke lembah kejatuhan.

Doa aku, moga kita terus bersemangat dengan izin Allah swt.

Fighting (",)




Tuesday, May 12, 2020

Trip to Osaka, Japan (Itenary & Tips)

Assalammualaikum..

Sudah lama nak menulis mengenai percutian aku ke Japan ni. Actually flight kami landing di Kansai dan tempat penginapan kami di Osaka. So, percutian kami bukanlah tertumpu di bandar Osaka sahaja, Malah percutian kami merangkumi kawasan Osaka - Kyoto -  Kobe dan Nara.

Day 1 (28/8/2017) :-
- Flight from KLIA2 to Kansai International Airport.
- Check in hostel. Vitti Lodge.
- Umeda Sky Building
- Hard Rock Cafe, Osaka.

Day 2 (29/8/2017):-
Kyoto
- Arashiyama Bamboo Forest
- Teramachi Street
- Fushimi Inari Taisha
- Gion
Balik ke hostel, singgah ke pusat market Dotonbori. Sebab hostel kami berdekatan di situ. Boleh jalan kaki je.

Day 3 (30/8/2017):-
Kobe - Nara
- Nara Park
- Kobe Mosque
- Osaka Castle

Day 4 (31/8/2017):-
- Universal Studio Japan, USJ

Day 5 (1/9/2017):-
- Check out hostel
- Shinsaibashi Shopping Arcade
- Flight back to KLIA2.

Tips

Actually

Kalau bercakap mengenai keperluan utama yang perlu korang ada sewaktu di sana. Jawapan aku semestinya pocket wifi. Pocket wife ni kitorang sewa di Malaysia di agensi HIS beberapa hari sebelum perjalanan. Serius, yang ni memang wajib ada. Sebab kitaorang berjalan berpandukan maps internet. Segala route train, bus dan alternatif perjalanan memang senang diakses dengan mengunakan pocket wifi ni. Ada juga wifi percuma di Japan or dalam train. Tapi terhad. So, better bagi aku korang sewalah dari sini.







Thursday, November 30, 2017

Because This is My First Life

Hi Guys..
Alhamdulillah, ni first entry aku di usia 30.
Alhamdulillah...

Tiada ada apa yang upgrade pun tentang diri aku.
Cuma....
Komitmen aku untuk ke arah perkahwinan tu belum berjaya lagi.
Walaupun hati aku mengatakan mahu.
Bukan aku tak yakin dengan bentuk fizikal badan aku. 
Jujurnya aku belum jumpa "seseorang" itu lagi.
Bukan memilih.
Dapat-dapat aku dikelilingi dengan beberapa rakan yang mengalami gagal dalam perkahwinan, buatkan aku jadi fobia.
Aku sedar, kita bukan Tuhan untuk meramal masa depan kan.

Aku pernah setkan matlamat hidup aku. Sampai umur 26/27, kalau tak kahwin nak beli rumah.
Alhamdulillah sebelum umur 26 tahun, aku beli rumah pertama.
Then, set lagi umur 30 tahun kalau tak kahwin lagi nak beli rumah kedua.
Alhamdulillah, aku beli lagi untuk rumah kedua.
(Buat sementara ni, aku tak boleh bangga sangat, sebab dua-dua ni masih hutang bank...hahahaha)

Kata-kata orang lebih dewasa dari aku ,
"Kenapa beli rumah sampai dua?"
 "Awak tu bujang. Tiada pewaris pun.".
Aku hanya senyum sambil menjawab dalam hati je
"In Sha Allah, mungkin ini percaturan - NYA"

Sesuatu yang aku duduk-duduk pikir kembali, kadang-kadang ada hikmahnya aku lambat kahwin.
Especially, aku rasa sangat-sangat bersyukur dapat meluangkan masa dengan Ibu Ayah sementara mereka berdua masih ada. Kelapangan masa ni, cukup untuk aku katakan aku sangat-sangat bersyukur.

Kalau orang tanya aku, tak terasa ke kalau duduk dengan kawan-kawan yang bahagia berumah tangga, dan mereka buka cerita tentang karier, suami dan anak-anak.
In Shaa Allah, tiada sekelumit pun perasaan dengki.
Aku lagi happy, sebab mereka happy.

Okayyy...Mungkin agak melalut dari tujuan entry ni.
So, korang boleh layan kdrama ni untuk sekadar hiburan.
Aku suka tajuk cerita ni "Because This is My First Life".
Sebab apa, hidup kita memang sekali je pun.
Bukan berkali-kali pun.
Kalau dah berkali-kali tu kirannya Zombire lah tu kan...
Ahaakksss...

Actually, cerita ni baru je tamat airing Selasa lepas (28.11.2017). Kalau tanya aku rating untuk cerita ni, aku bagi 4.5/5. So far, jalan cerita dia menarik. Tak cliche pun nak cerita anak orang kaya raya bagai dan cinta terhalang. hahahaha. 

Just nak share sikit. Waktu aku menonton cerita ni, aku macam terasa yang diri aku macam watak hero  (Se-Hee). Takut dengan komitmen untuk bercinta/berkahwin.  Yesss, I fell you Se-Hee.
Bezanya Se-Hee ni hanya pentingkan dirinya, apartment dan kucing dia sahaja.

Enjoyed this drama. I can say this drama awesome.
This kdrama will teach you how to tolerate with other people to be together even they are weird,

Plot
(source by asianwiki)


Nam Se-Hee (Lee Min-Ki) is a single man in his early 30's. He has chosen to not marry. He owns his home, but he owes a lot on his mortgage.
Yoon Ji-Ho (Jung So-Min) is a single woman in her early 30's. She does not own a home and envies those that do. She has given up on dating due to her financial struggles.
Yoon Ji-Ho begins to live at Nam Se-Hee’s house. They become housemates.

Thursday, September 21, 2017

9 Out 2 Ends

"9 Out, 2 Ends"
Wont't ask for more.
Alhamdulillah.

Tuesday, September 05, 2017

Hi September

Hi September..
Please be nice to me

Actually harini merupakan hari pertama aku masuk kerja semula after seminggu bercuti.
Macam biasa, naik cuti rasa lemau je after cuti panjang.

Aku rasa macam nak share sikit tentang percutian aku yang minggu lepas tu pada entry yang mendatang.
Mungkin aku akan buat  entry persedian sebelum dan jadual perjalan

Apa-apa pun bergantung pada tahap kerajinan aku memebel/menaip dengan keizinnan Allah swt.
In sha Allah..