Followers

Tuesday, November 16, 2021

Free & Easy

Di usia 34 tahun ni, aku dapat rasakan punya kehidupan harian yang tenang2, je pun dah memadai.
Tak perlu berlebih-lebih.
Mungkin faktor usia .

Dulu aku selalu letak target dalam diri aku.
Sebelum umur 24-26, aku perlu kahwin. Kalau tak kahwin aku harus ada Plan B.
dan begitulah seterusnya 
After Arwah Ayah aku meninggal, banyak yang aku belajar.
Allah swt ambil seorang yang aku sangat sayang, tapi banyak yang aku pelajari.
Apa yang aku rancang, semua berubah.
Sebab kita tahu, sebaik2 kita rancang, Allah swt penentu.

Aku percaya rezeki itu bukan bermakna apa yang kita nak, itu yang kita dapat. Tapi ia adalah kita menerima apa Allah swt dah tentukan untuk kita.
Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur.
Dapat2 lagi aku seorang peniaga, ada pasang surutnya, pahit manis nya.
Dan percaya bahawa tiap masalah ada penyelesaiannya.
So, Ibu, Keluarga, ketenangan, kesihatan lah keutamaan aku sekarang.
Dan berharap pengakhiran aku di dunia ini biarlah dalam keadaan yang baik.
Amin & InshaAllah

Side Note:
Sekarang ni, aku dah start hobi baru. Balik kerja, bercucuk tanam. Seriously, stress kerja hilang.
Ada masa, hujung minggu pacak khemah tepi laut, tengok laut pun aku dah rasa happy.



 

No comments: